Tuesday, September 25, 2012

berlakunya gelombang manusia...

senang mengurus jika kecil hajatnya..
besar hajatnya, maka besarlah disiplinnya. Jika tidak gelombang besar akan berlaku
Bayangkan, jika pergerakan tidak berlaku dalam satu satu perjalanan apa akan terjadi? Terjadilah satu gelombang dan bergantung pada besarnya, ianya memungkinkan malapetaka. Teringat saya akan satu peristiwa semasa melakukan ibadat haji di Mekkah dan ada kaitan degan gelombang ini. Selepas jumaat, tiba tiba perjalanan pulang ratusan ribu jemaah terhenti di lorong sempit dan tidak tahu entah mengapa. Yang di hadapan tidak tahu apa yang berlaku di belakang, dan di belakang tidak tahu apa yang berlaku di hadapan. Maka berlakulah asak mengasak, tolak menolak. Pergerakan tetap berlaku tetapi dalam suasana paksaan. Lantas berlakulah gelombang di mana yang kuat akan menguasai yang lemah dan yang lemah jika tidak ditolong akan menghadapi bahaya. Seorang perempuan tua, memaut pada baju dan badan saya memohon membawanya ke tepi. Syukur Alahamdulllilah, dengan iradat dan kudratNya saya berjaya membawanya ke tepi. Begitulah dalam dunia belajar, tidak boleh terhenti perjalanan otak dalam mencari ilmu. Hendaklah sentiasa bergerak, walaupun pergerakan itu kecil. Allahuakabr.

No comments: