Segala-galanya dirasakan sumbang. Tetapi ianya berlaku juga. Kenapa? Puncanya kesumbangan in disebabkan oleh apa? Mereka yang kosong atau kurang pengetahuan, ghairah melihat orang lain sebagai mangsa dan jauh sekali dari menjadi seorang pembela akan mudah terjebak dengan soal sumbang ini. Boleh didefinisikan sebagai pergaulan yang tidak kena antara orang dan seseorang itu. Jengoklah peristiwa peristiwa lepas yang boleh menceritakan hal perilaku sumbang ini.
Mereka yang sangat rendah maruah diri, sangat duniawi, memiliki nilai ugut-ugutan, malas, berharap, suka menunjuk, adalah mereka yang tergolong dari kalangan sumbang dan tidak menyumbang. Orang yang mencari mangsa supaya mereka dapat meminjam dan tidak melunaskan hutang adalah terdiri dari golongan sumbang ini. Pelajar yang hanya bergantung kepada rutin kuliah dan tidak menyumbang dengan positifnya juga tergolong dari kalangan mereka yang sumbang ini. Beribu pelajar tetapi yang berinterak dalam kata menyumbang hanya beberapa orang sahaja dalam satu dekad.
Malah soal sumbang ini boleh dikatakan terdapat disemua bangunan dan rumah, di sekolah dan bilik darjah, di atas jalanraya, di dalam kenderaan, disemua institusi, disemua negara, disemua masyarakat dan lapisan masyarakat, dalam semua bidang, ekonomi, pendidikan, politik, sosial, budaya dan lain-lain. Ianya segar dalam konteks negatif. Allah Yang Maha Pengasih. Allah Yang Maha Penyayang. Mohonlah Petunjuk dan Hidayah dalam soal soal kehidupan ini. Banyak perkara yang terlepas pandang. Lantas banyak yang terbuang. Mohonlah keampunan dari Allah Yang Maha Bekuasa. Allahuakabr.
No comments:
Post a Comment