Angka angka tertentu adalah petunjuk bahawa saya selama ini adalah disebabkan oleh tontonan hati, jiwa, rasa, dan perasaan sendiri dan ada yang masih tidak menentu. Ada kala ianya menampakkan kebijaksanaan, dan adakala menampakkan kebodohan, dan kejahilan.Walaupun ianya tidak didengari, sudah cukup membuat saya sebegini riang dan sebegitu pedih dan sedih. Tetapi ada yang terdengar merupakan mainan hati, perasaan, cetusan dari jiwa yang tulus dan ikhlas dan agak malang kerana ianya disalah tafsir kerana tahap mereka yang mendengar adalah terdiri dari mereka memiliki tahap ilmu yang pelbagai. Ada yang banyak ilmu dan ramai yang masih miskin diri, miskin ilmu dan masih dilanda perasaan rendah diri, malu, dan tidak kurang dilanda kesombongan dan keangkuhan.
Ada terdengar suara hati yang berkata bahawa latarbelakang mereka merupakan penyebab kepada pelbagai cetusan. Memungkin dan penyebab kepada cetusan analisis yang baik dan yang tidak. Ada yang tepat dan ada yang sangat lari dari gambaran awal yang terdengar. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Kepada Allah saya berserah dan menyerah di atas yang terdengar dan yang tidak. Rasa penuh syukur kerana ada yang terdengar merupakan suara ilmu yang membawa kepada peningkatan taraf hidup dan darjat diri. Allahuakbar.
No comments:
Post a Comment