Islam mengajar kita supaya tepat dan lurus. Kita juga diajar supaya halus dalam membicarakan sesuatu. Menghalusi sesuatu adalah juga dituntut supaya tidak ada yang terfitnah. Malangnya ramai yang suka mengkasari sesuatu kerana penghalusan sesuatu memerlukan ilmu yang mendalam. Lantas pohonlah dari Allah akan kebenaran dengan harapan terhindarlah kita dari mengutarakan sesuatu yang mungkin berbelit dan mengelirukan. Dengan menghalusi sesuatu, yang susah nampak mudah dan senang dimengerti. Agak malang kerana orang Melayu kita menyifatkan yang berbelit dan tidak lurus itu indah dan penuh kesenian.
Kita sedang menghampiri PRU13. Usaha dan terus berusaha menghalusi sesuatu supaya difahami sepatutnya menjadi teras kepada setiap majlis berjumpa dengan rakyat. Agak malang jika kita masih bermadah, berpantun, dan berseloka dalam menyampaikan sesuatu. Sudah tiba masanya dengan sebulat tekad dan nekad kita gempur supaya terus mara. Mengapa kita masih lagi membenarkan sesuatu itu diseliputi pencemaran yang memudaratkan mata, telinga, dan fikiran. Kepada Allah kita memohon perlindungan dan pertolongan. Allahuakbar.
No comments:
Post a Comment