Thursday, April 4, 2013

PRU-13...

Di hari pembubaran DUN Pahang dan Parlimen, YB Syed Mohamed tetap dengan kunjungan berjumpa pengundi DUN Temerloh..
Akhirnya, rakyat Malaysia amnya dan penduduk Temerloh akan menghadapi pilihanraya umum sekali lagi. Ianya pilihanraya yang ke -13 sejak ianyanya diadakan pada tahun 1956. Saya masih lagi ingat masa dan ketika pilihanraya umum yang pertama di adakan. Tarikh yang saya ingat adalah pada 27 Julai. Saya juga mengingati kereta yang membawa Tun Abdul Razak, berhenti di depan rumah bagi mengambil ayah saya untuk ke Buntut Pulau bagi tujuan  pembuangan undi. Radio Malaya pada ketika itu tidak berhenti henti mendendangkan lagu pilihanraya mengajak rakyat membuang undi.

Sejak dua penggal, dewan undangan Semantan, Temerloh di pegang oleh parti PAS. ADUNnya ialah YB Syed Mohamed. Adakah beliau akan bertanding dan sekali lagi akan mememanagi DUN Semantan ini? Sayang sekali, dalam usaha untuk merampas kembali kerusi ini ke pangkuan BN,  tokoh BN tidak sejelas seperti tokoh PAS yang sentiasa kelihatan di sana sini.

Sesungguhnya kehidupan ini adalah dalam Ketentuan Allah Yang Maha Besar. Allahuakbar.

No comments: