Wednesday, October 16, 2013

sifat...

Tidak ada pertindihan
Sifat malam adalah malam. Sifat siang adalah siang. Kesemuanya kembali kepada rasa asal terhadapnya. Juga terhadap rasa diri dan kejadian dan ciptaan diri sendiri.Terdengar kisah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, dan Siti Hajar dan di lontarkan kisah kisah yang menepati segala daripada segala-galanya dan tidak ada yang dapat menentang dan menafikan. Sifat kisah yang jitu, jelas dan menginsafkan. Itulah Haji, rukun Islam yang Ke-5 di mana sekarang seramai 2 juta umat Islam sedang mengerjakannya. Dari Mekah ke Ukuf di Arafah, kemudian ke Mabit di Mudzalifah, dari Mudzalifah ke Meena di mana berlaku lontaran di Jamrah. Selepas itu ke Mekah dengan Tawaf dan Saair nya, maka kesempurnaan haji telah berlaku. Sesungguhnya, Kepada Allah kita berserah. Tatkala membuat hajilah sifat-sifat segala-gala dalam diri dan ummah telah dilalui dan dirasai. Wallahualam. Ibadah Haji telah mencantumkan perjalanan siang ke malam. Perjalanan fizikal ke alam batiniah. Perjalanan dari dunia ke alam akhirat. Allah Yang Maha Besar. Allahuakbar.

No comments: