Pernahkah anda berada di dalam hutan dan sedang berjalan dalam kumpulan dan sedang mencari jalan keluar? Tatkala itu tidak ramai yang cuba bercakap. Ramai hanya mendengar dan memasang telinga cuba mendengar apa apa isyarat yang membolehkan kita keluar dari sesat di hutan itu. Dalam keadaan sesat itulah kita akan patuh kepada ketua yang lebih mengetahui hal ehwal hutan tersebut.
Kita mesti menganggap, perjalanan hidup kita disesebuah negara adalah sama dengan perjalanan di dalam sesebuah hutan. Bukan ini bermakna kita tidak demokratik dan tidak boleh bermesyuarah tetapi ianya patut diadakan apabila kesemua ahli berhenti daripada berjalan dan berbincang kerana hendak mencari pedoman baru.
Pilihanraya telah berlalu, dan sepatutnya kesemua kita sedang berjalan dalam satu barisan supaya tercapai destinasi yang hendak di tuju. Ini tidak? Semua orang hendak bercakap dan bercakap dan bercakap. Dan apa akan terjadi kalau sekiranya kita sesat di hutan dan semua orang mula bercakap? Keadaan akan menjadi lebih kusut dan `kesesatan' kita akan menjadi jadi.
Kita di Malaysia ini seakan akan kita telah hilang arah. Lihat sahaja apa yang terjadi..beranika rupa gaya pandangan diberi dan nampaknya kita tak tahu mana satu yang hendak didengar dan diguna pakai. Tan Sri Mahyuddin ada berkata bahawa tidak ada apa yang baru dalam ucapan ucapan pemimpin di pilihanraya di Kuala Terengganu dan ini juga penyumbang kepada kekalahan BN di sana.
Sekarang timbul soal Kugan. Entahlah saya pun tidak hendak lagi berbicara. Semua orang mula bercakap. Bahaya tu, silap silap negara akan bertambah kusut dan ini akan melambatkan lagi jumpanya jalan keluar.
No comments:
Post a Comment