Friday, January 16, 2009

Memandang aku semacam..

Tak tahulah apa yang dipandang. Apabila `gila' menguasai diri, orang lain dipandang sepi macam tidak berkaki. Mereka berkata, dunia aku tidak sehebat dunia mu, hidup aku penuh dengan limpahan rezeki berbagai macam dan rupa. Engkau siapa? Hahha. Mengapa begitu angkoh dan sombong manusia. Tidakkah mereka tahu kita semua sedang dalam perjalanan mengikut ketentuan Allah yang Maha Besar? Jangan mendabik dada bahawa diri telah berjaya. Dia yang layak dan dia yang tidak. Sudah berhak menentukan siapa yang bakal menjadi khalifah di muka bumi ini. Adohai kawan, lihat diri, kesemua kita sedang menggembara. Entahkan sampai entah tidak. Kuasa bukan ditangan kita. Dari Allah kita datang kepada Allah kita akan kembali.

No comments: