Sunday, January 18, 2009

Election..mind extension..how far can they go?

Pilihanraya kecil di Kuala Terengganu telah berlalu. BN kalah dan PAS menang. Tak kiralah menang dengan berapa undi, tapi pokoknya PAS menang. Tersangat hairan saya, dengan jentera pilihanraya yang begitu besar dan hebat, tetapi masih ditimpa kekalahan. Mengapa? Saya orang akademik maka analisis saya berkisar dalam perkara perkara yang ada kaitan dengan sebab musabab akademik. Cuba tengok tajuk saya di atas, Election..mind extension.. how far they can go..? Apa kaitannya dengan pilihanraya di Kuala Terengganu ini?
Tengok sahaja Obama..dia merupakan calon yang muda apabila bertanding dengan McCain..apa yang Obama buat sehingga dia memenangi pilihanraya tersebut? Strategi. Ia, jawapannya adalah memikirkan strategi yang membolehkan dia memenangi pilihanraya tersebut. Apakah strateginya? Mind extension. Apa maksud saudara yang menulis? Dalam kempen presiden tersebut McCain memainkan isu `ketidak pengalamannya Obama' dalam usahanya hendak menjadi presiden. MacCain mendabik dada dengan pengalaman yang mana dirinya pernah menjadi POW atau tahanan perang semasa perang Vietnam. Hanya dia yang memahami pasal perang berbanding Obama.
Memang betul. Apa strategi Obama? Dia memilih Biden sebagai `running mate' nya dalam pemilihan Vice Presiden pula. Umur Biden tidak jauh bezanya dengan McCain. Malah Biden mempunyai pengalaman bertahun tahun dalam Jawatankuasa Foreign Relations Committee. Nah apa kata pengundi? Sudah tentu pengalaman tidak merupakan isu yang besar kepada mereka.

Dan lagi satu perkara yang mana Obama dikagumi adalah buku buku yang telah ditulisnya sebelum beliau mengisytiharkan dirinya sebagai calon presiden lagi. Ini lagi merupakan satu strategi yang mana dengan adanya buku itu, rakyat umum telah sedia mengenali Obama.
Buku-bukunya adalah:

Dreams from My Father: A Story of Race and Inheritance
The Audacity of Hope: Thoughts on Reclaiming the American Dr
eam
Barack Obama in His Own Words
Mesej yang hendak saya sampaikan kepada kepemimpinan adalah lebih kurang begini. Persediaan yang panjang adalah penting dalam pertandingan yang ada kaitan dengan perkhidmatan dengan rakyat. Pemimpin yang ditangkap muat selalunya tidak boleh dimuatkan dalam serba hal.

Belajarlah dari kesilapan ini. Masih belum terlambat.

1 comment:

Anonymous said...

cukup mendalam analisis prof..
=)
sy kagum..