Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Monday, October 31, 2011
Putus saf..
Putus saf. Teringat saya ketika menunaikan haji tahun lepas 1431 perkara ini telah menjadi satu perkara `yang berbulu' kepada jemaah lelaki yang menunaikan sembahyang di Masjidil Haram. Tidak sangat di Masjid Nabawi, Medina.Pustus saf di Masjidil Haram agak tidak terkawal kerana jutaan manusia berada menunaikan sembahyang pada setiap waktu. Tidak hairanlah jika jemaah lelaki memarahi suami isteri atau jemaah perempuan dihadapannya yang bersembahyang di saf didepanya dan menyebabkan berlakunya pustus saf ini Saya tidak terkecuali dari perkara ini.
Tetapi bukan `putus saf' dalam konteks sembahyang berjemaah saya hendak sampaikan di sini. Apa yang saya perhatikan, dalam kehidupan kita sendiri telah banyaknya berlaku `putus saf' ini. Adakah kekaraban persahabatan dua orang akan terputus hanya kerana seorang dari mereka telah memungkiri janji atau telah melakukan penipuan? Adakah tergugatnya kesihatan dan kehidupan jika kita mengubah ajaran Allah kepada ikutan lumrah masyarakat `at large' yang memudaratkan? Allah Yang Maha Besar, Kebenaran segala-galanya adalah Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad. Adakah kita masih menyoalkan lagi kebenarannya? Allahu Akbar.
Sunday, October 30, 2011
masih mencari..
Dulu saya benar benar benar serious apabila perkataan mencari disebut. Tetapi tidak lagi hari ini. Mengapa? Adakah umur di tahap saya ini telah berjumpa dengan apa yang dicari? Atau saya sudah berada di alam di mana saya telah pun berjumpa dengan apa yang hendak dicari dan jika ada yang masih tercari saya memohon kepada Allah Yang Maha Besar akan jawapannya. Jika tidak juga, saya redha akan segala KetentuanNYa dari mula hingga akhir kehidupan.
Saturday, October 29, 2011
Apakah yang menarik..?
Tertarik dan menarik memberi banyak pengertian. Saya tertarik mendengar cerita dia kerana dia menceritakan hal bandar Temerloh. Menarik kita untuk membeli...Apa yang sebenarnya menarik dan menyebabkan kita terpukau dan lantas membeli barang itu...Kerapian kejadian manusia dari mula hingga akhir telah menarik ramai yang memeluk agama Islam.Apa tidaknya, kita dijadiakan untuk sesuatu tujuan. Dalam sedar dan tidak, berilmu dan tidak, Allah Yang Maha Besar Yang Berkuasa Keatas Segala PenentuanNya.
Friday, October 28, 2011
sangat senang mengeluarkan kata-kata..
Agak pelik dengan perlakuan yang menggambarkan tidak konsisten atau tiada istiqamah dalam kata kata dan sekali gus menggambarkan tahap lapisan ilmu seseorang dalam dua perkara. Satu, dalam memahami apa yang terjadi, dan kedua, penentuan semangat komitmen sama ada mementingkan diri sendiri atau sebaliknya.Bermula dengan kata kata baik tetapi akhirnya kata kata telah terputar dan diputar dan sekali gus menjadi mangsa kepada label yang bukan-bukan hanya kerana tidak memenuhi apa yang dipinta dan dituntut. Saya pun ada mengalami dimana menyerah kepada perlakuan yang menampakkan sangat ketandusan nilai-nilai yang perlu dimiliki oleh seseorang bagi perhubungan yang sihat, ukuwah, dan bersilaturrahim.
Kalau dilihat dari sudut muda dan tua, orang tua lebih terjaga dari marah dan mengatakan sesuatu yang bukan bukan. Orang muda pula agak bebas dan tidak terjaga dari emosi yang boleh meretakkan perhubungan. Lampu suluh yang mereka gunakan hanya untuk panduan diri sendiri sahaja. Sedangkan lampu suluh yang digunakan oleh orang tua akan menerangi perjalanan orang lain juga. Sesungguhnya uijian besar ciptaan manusia adalah untuk kebaikan dan jauhkan diri dari kejahatan. Allahu Akbar.
Kalau dilihat dari sudut muda dan tua, orang tua lebih terjaga dari marah dan mengatakan sesuatu yang bukan bukan. Orang muda pula agak bebas dan tidak terjaga dari emosi yang boleh meretakkan perhubungan. Lampu suluh yang mereka gunakan hanya untuk panduan diri sendiri sahaja. Sedangkan lampu suluh yang digunakan oleh orang tua akan menerangi perjalanan orang lain juga. Sesungguhnya uijian besar ciptaan manusia adalah untuk kebaikan dan jauhkan diri dari kejahatan. Allahu Akbar.
Thursday, October 27, 2011
tercuit rasa kebesaran..
Seketika saya dicuit rasa kebesaran. Tidaklah melekap yang boleh menyebabkan riak, sombong, dan bongkak. Sekadar merasai betapa hebatnya kita jika apa yang kita lakukan hanya mengharapkan keredhaan Allah Subanawataala. Tetapi ada yang tercuit rasa kebesaran dan melekap secara permanent. Ini menyebabkan mereka lupa bahawa apa yang patut di ukur adalah kebolehan. Ujian kebesaran adalah berterusan bergantung kepada istiqamah terhadap kebolehan yang diserapkan kedalam amalan dan kehidupan. Jika dilihat dari apa yang kerap berlaku, manusia sangat cenderung kepada majlis yang bercorak kebesaran dan mengenelamkan aspek kebolehan yang sangat diperlukan oleh ummah. Saya hanya sekali sekala terasa tercuit oleh rasa kebesaran itu. Syukur Alhamdullilah saya masih lagi tidak tercemar. Kepada Allah saya memohon keampunan.
Wednesday, October 26, 2011
kebesaran...
Lagi pengertian tentang istilah `kebesaran'. Semalam aku di hambat oleh perkara perkara yang ada kaitan dengan `kebesaran' yang menidakkan `kebolehan'. Kalau dulu aku marah marah dengan `kebesaran' seseorang kalau ianya tidak dikaitkan dengan `kebolehan' tetapi `kebesaran' rupanya boleh dikaitakan hanya dengan `lintasan' hati yang terasa tanpa mengungkapkannya. Banyak keadaan yang menampakkan cubaan menutup lintasan hati yang membenarkan sesuatu. Tetapi aspek sosial dan budaya telah mengatasi `kebesaran' yang ada pada lintasan hati walhal lintasan hati itu adalah merupakan hak kebesaran yang sebenarnya. Walahualam. Allah Yang Maha Besar saya memohon keampunan.
Monday, October 24, 2011
Tidak berdua kan?
Bahang bahang keputusan yang dibuat telah mulai dirasai oleh saya seorang. Orang lain hanya merasai keseronokan hasil dari keputusan saya untuk membeli barang tersebut. Jadi mana dia orang kata hidup ini berdua? Tidak berduakan? Jadi hati hatilah apabila membuat keputusan. Panjangkan keresahan kepada Allah Yang Maha Berkuasa ke atas Segala-galanya.
Sunday, October 23, 2011
wisdom..
Kepada manusia biasa, kita sepatutnya berusaha untuk melakukan dan meluahkan kata kata yang terbaik untuk diikuti oleh orang lain. Istilah yang tepat adalah, kita mesti bijak melakukan sesuatu agar ianya membuahkan hasil dan menguntungkan ramai. Begitu juga dengan tutur kata kata yang menampakkan perpaduan dan kasih sayang sesama manusia. Dengan erti kata lain, tidak ada yang lebih afdal melainkan mengikut apa yang diturunkan oleh Allah dalam bentuk Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad untuk dijadikan teladan dan contoh yang terbaik bagi umat ciptaan Allah.
Saturday, October 22, 2011
tidak berdua...
Tidak berdua. Tetapi itulah hakikatnya, manusia tidak pernah berdua. Dalam soal beli, manusia tidak pernah berdua dalam hasrat dan tujuannya. Dalam apa jua keadaan pun, saya tidak pernah berdua. Nampaknya mungkin berdua, tetapi hakikatnya dari mula kita ke dunia hinggalah saat saat kematian, manusia akan bersendirian. Itulah merupakan prinsip unggul yang dilupai dan tidak dimengerti. Kepada Allah aku berserah memohon keampunan.
Friday, October 21, 2011
Next to life...
To Gadafi, it is death. Next to life to an old man is only death. That is the kind of spirit in an old man as opposed to a young man whose life and next to it is none other life itself. To a young man, it could be a house, it could be a big car, or just could be anything other than death. But Gadafi has only a taste of it only after 42 years of being the President of Libya. Allah Yang Maha Besar Yang memarahi kekejaman yang menampakkan kekuasaan manusia mengatasi Kekuasaan Allah Subahanawataala. Allahuakbar.
Thursday, October 20, 2011
Nothing is dormant..
We might stand still, but that does not mean we are lifeless. In our quiet way, everything is in its active form. Dormant? Not a bit. An iron rod lying still on the ground would found itself decayed to ashes. Allah Yang Maha Besar Yang Menyimpan Segala Rahsia Kejadian Yang Dicipta.
Wednesday, October 19, 2011
A lesson...
I have been taught a lesson. I have been taught a very valuable lesson. What is it? It is a lesson in opportunity. Between you and they, it boils down to a situation where everybody is all alone in whatever capacity they are in. As such comes the word opportunity. As such comes the word `challenge'. A snake strikes at its victim because a snake is by nature it is either strike or die. It is no challenge to the snake because it is their nature. Being created that way. It is no different with human beings but with a difference. Apa dia? Kita di cipta untuk berilmu dan mendapat sesuatu. Kita diharamkan merosak jika hendak sesuatu itu walaupun peluang itu jelas. Allah Yang Maha Besar telah menghalalkan dan mengharamkan sesuatu untuk difahami. Mohonlah perlindungan dari Allah dari apa yang ditegah.
Tuesday, October 18, 2011
Allah Maha Mendengar...
Allah Yang Maha Mendengar. Tidak ada pecahan masa dan siapa pun yang terkecuali. Rintihan hati dan membawa kepada ketermenungan tetapi sayangnya tidak menggusarkan mata memandang apatah lagi yang terdekat. Tatkala itu tadahlah tangan kamu mengingati Allah dan memohonlah agar disegerakan penyelesaian kepada masaalah yang menimpa. Tidak kiralah kecil atau besar masalah itu. Pokoknya kamu telah menyerah kepada Allah Yang Maha Esa dan menolak perkara perkara yang menyekutukan Allah. Sesungguh Allah Maha Mendengar lagi Melihat akan apa yang dirasa oleh hambaNya.
Monday, October 17, 2011
It adds..so what?
Just watch a program on TV from beginnning to finish. One thing from the other. It adds. The whole is equal to the parts. It is a macro story. Meant to be shared. Meant to be a lesson, a lesson of social and cultural value. Can be an idea, a concept, a philosophy, or an ideology. But what about one's dream as in a dream after going to sleep? Does it adds? Strictly a micro event. It is an embarrasing if I were to tell you what I have dreamt. Allah menjadikan ciptaanNya dengan mimpinya sekali. Adakah kita masih lagi tidak berfikir? Allahuakbar.
Sunday, October 16, 2011
what is in store for tomorrow..
Nothing can be said of today. But much can be anticipated of tomorrow.World is wide. The element of days and the minute of things and everything are different to different individuals. Everybody is being set to climb to somewhere. What and where and with with whom? But we are only meant for today.. We hope for tomorrow and the goodness in feeling for tomorrow. We want a rendezvous with happy time and a scenario of a peaceful mind and a peaceful days. But days accumulate. So are with what can be seen and the unseen. Are we getting better? Are we better off? Some are sucked into the darkness of a mind dungeon thicker and darker than the dark of a night. Some are being dragged out from pain and sufferings, for now, today. What about tomorrow? Am I being spared from those dark days? Despite that I am still hoping for more lights in tomorrow. What about today? Saya bermohon keampunan kepada Allah Yang Maha Besar.
Saturday, October 15, 2011
Gedong ilmu yang tidak pernah berkunci..??
Kunci rumah..kita ingat menguncinya...Malah kita adakala menggila dan meliar dalam mencari kunci rumah yang paling canggih.Tetapi adakala kita tidak berupaya mengunci diri kita sendiri. Kerana apa? Lumrah kehidupan. Hati ini tidak pernah berkunci. Nilai mengunci hati tidak merupaka nilai yang diturunkan kepada saya sejak kecil lagi. Lantas ruang dan peluang bagi mereka yang suka memanipulasi orang lain terbuka luas. Saya tidak terkecuali. Pengalaman hidup banyak berkisar dalam soal kunci dan mengunci diri sendiri. Contoh yang terdekat, adakah kamu cepat menjawab panggilan atau sms dari orang yang baru dkenal atau tidak dikenal pun? 20 Julai tarikh perjumpaan tersebut. Dan hari ini 15 October. Baru tiga bulan masanya. Dia ada pengalaman dalam soal menjerat dan memerangkap. Dia menyedarinya bahawa saya tidak pandai mengunci diri. Dia bertindak cepat. Masa adalah musuhnya. Dia mengetahui dan memahaminya kerana minda nya sudah belajar reward dari sudut minda yang terlatih dan terpesong itu. Politik, sosial, budaya, kita sudah terlatih. Dan ramai yang sudah terpesong. Cukuplah dengan`supply' yang tidak disengajakan. Syukurlah saya cepat sedar. Allah Yang Maha Besar.
Friday, October 14, 2011
words are no help..
There are instances words and writings do not help. It might worsen the situation. What more the platform are selfishness and a derailed mind and skewed mind-set. A mind could be very primitive despite the intelligence in all the technolgies found today. So beware of a derailed mind that seeks different things to serve as an ammunition aginst others. Sometimes it helps by just being quite and say nothing. I seek Allah's pardon and forgiveness.
Thursday, October 13, 2011
Cermin...
Di ibaratkan saya tinggal di alam di mana saya sangat bersendirian dalam segala-galanya. Tidak ada orang lain menjengah saya. Orang lain tidak tahu di mana adanya saya. Jika saya berkata kata, reaksi mereka menggambarkan mereka masih lagi menggila dan meliar di tahap kehidupan mereka di dalam dunia ini. Mereka hanya melihat satu cerminan hidup iaitu cermin yang dimiliki oleh mereka sahaja. Cermin itu hanya menampakkan kehidupan mereka sendiri sahaja. Hidup saya, alam saya, tidak bercermin lagi. Saya tidak bercermin lagi. Apa yang saya nampak adalah manusia lain sedang sibuk melihat diri mereka dalam cermin. Mereka sedang menggila dan meliar dalam konteks cermin mereka sendiri sahaja. Rukun Haji mengajar manusia supaya membuang cermin itu supaya kehidupan ini dilihat dari sudut yang berbeza. Allah Hu Akbar.
Wednesday, October 12, 2011
jahil dan jahat...
Unsur jahil dan unsur kebesaran adalah merupakan unsur unsur yang menjadi tema fikir saya sejak minggu lepas lagi. Tidak pernah saya menimbulkan unsur `kebesaran' apabila berinteraksi dengannya. Sebaliknya dialah yang mengzahirkan unsur jahiliah dalam proses berinteraksi tersebut. Orang jahil lazimnya tidak memahami hak hak yang dimiliki oleh orang lain. Mereka ini main redah sahaja tanpa memikirkan `consequences' nya. Mereka redah saja demi kepentingan mereka sendiri. Baru semalam dia menampakkan unsur tersebut dan ini bukan sahaja menyusahkan dirinya tetapi mengheret orang lain ke dalam masalah disebabkan kejahiliah nya..Allah telah menurunkan Islam kepada kelompok di Mekah yang mana amalan mereka adalah amalan jahiliah. Lantas Islam berkembang ke seluruh pelusok dunia selepas datang nya Islam di bumi Mekah. Sudah pasti Islam mengajar kita perkara yang baik baik. Allah Yang Maha Besar. Tidak mengira siapa, bila, di mana, dan mengapa, bermohonlah supaya kesedaran Islam akan menguasai diri kita 100 peratus. Boleh tak? Bermohonlah kepada Allah Yang Maha Besar, Maha Penyayang dan Mengasihani.
Tuesday, October 11, 2011
Adakah kebolehan itu kebesaran..?
Yang mana satu didahului dan diutamakan? Kebesaran Allah wajib didahului dan diutamakan. Allah Yang Maha Besar yang menentukan kebolehan setiap kelompok dan individu itu. Tetapi tidak mestinya kebolehan mengambil alih kebesaran yang hanya dimiliki oleh Allah. Kebolehan tidak boleh berpindah kepada kebesaran. Lumrahnya itulah yang lazim menlanda kehidupan manusia. Kebolehan merupakan satu anugerah dan tujuannya menolong yang lain. Tetapi kebesaran pula yang didendangkan menyebabkan kehidupan telah mendahului dan mengutamakan benda yang boleh memecahkan dan meminggirkan yang berhak kepada sesuatu. Lantas manusia dihukum kerana melupai Yang Maha Besar lagi Maha Mengasihi...
Monday, October 10, 2011
tumpul dan tajam..
Adakah keselesaan keterlampauan menyebabkan kita telah mengalami ketumpulan dalam beberapa perkara yang boleh menentukan keimanan dan kemakmuran rakyat keseluruhannya? Adakah kita telah hilang sifat `competitiveness' yang sepatutnya ada? Tetapi sifat competitiveness yang bagaimana yang dikehendaki oleh Allah Subhanawataala? Banyak perkara yang menyebabkan kita akan lebih competitive. Kerana kita mengalami perasaan takut maka kita akan berusaha mendapat ilmu dan ini menyebabkan kita akan lebih berjaya. Itu namanya sifat competitive yang sebenarnya. Sifat manusia dalam kehidupan lebih menjurus kepada diri dan dalam proses kita akan jadi lebih kuat. Bila kita berusaha mengenal diri, kita akan berjumpa Pencipta kita. Kita akan jadi lebih penyayang dan lebih mengasihi orang lain yang ditimpa malang. Kita menolong dia dengan harapan dalam proses itu dia akan berjumpa dengan pencipta yang sebenarnya. Semoga ramai ramai kita berusaha ke arah itu dan ramai ramai kita akan lebih kompetitif. Tajamilah pemikiran. Berdoalah dan memohon kepada Allah Yang Maha Besar.
Sunday, October 9, 2011
Kebesaran..
Setiap orang ingin kepada kebesaran. Setiap orang menyimpan keinginan tersebut. Ada yang sudahpun memiliki kebesaran tetapi sayang ada yang telah mengenepikan Kebesaran yang Sebenarnya. Adakah perbuatan dan amalan mengenepikan Kebesaran Yang Sebenarnya disifatkan atau dikategorikan sebagai kurafat? Lihatlah, dalam tidak sedar, ada yang menjadikan sesuatu itu `mercu tanda kebesaran mereka'. Dan dengan kebesaran yang tak seberapa itu mereka telah berusaha `mendaulatkan' diri mereka sendiri dan mengenepikan hak orang lain dalam struktur ciptaan Allah Subhanawataala. Sedarlah, Allah telah mencipta ciptaanNya untuk menyembah dan mengikut suruhanNya. Dengan sombongnya ada yang telah berpaling kepada kebesaran yang sementara dan melupai bahawa Allah Yang Maha Besar lagi Menguasai Ke atas Segala-galanya. Hamba memohon keampunan.
Saturday, October 8, 2011
Selaput ilmu...
Selaput ilmu? Segala-galanya adalah selaput yang senang menyelaput dan juga senang dibuang. Ilmu merupakan ciri ciri begitu. Pokoknya kita mesti rajin dan melakukannya dengan penuh kesabaran. Hasilnya sangat memberi kepuasan..Memohonlah kepada Allah Yang Maha Besar ke atas hari hari di alamraya ini baik malam atau siang dan segala-gala yang bernyawa dan yang tidak.Jengoklah akan apa yang dilakukan dan soalkan diri akan apa yang dipertanggungjawabkan.
Friday, October 7, 2011
Menghukum...
Adakah saya merupakan seorang mangsa? Mengapa tidak mempercayainya dengan hanya pendengaran dan penglihatan yang pertama? Most are real you know. It is true to the bones, the blood, and the heart, and the mind for that matter. Just like what you see on TV. With only the first scene, they are dead serious that leads to another and another till to the final episode. With only an event , it spells deadly intentions and life can be cruelities or goodness everywhere. Despite that, mengapa susah sangat menghukum? Bukan tidak suka menghukum. Sesungguhnya Allah telah menolong saya dalam keadaan yang mana mata dan hati telah pun dengan jelasnya boleh menghukum. Tetapi mengapa ianya tidak terjadi? Sesungguhnya Allah lebih berkuasa dari mata yang melihat dan telinga yang mendengar dan minda yang berfikir. Allahuakbar.
Thursday, October 6, 2011
Keusangan...
Amalan solat atau sembahyang tidak pernah melintasi garis keusangan. Tidak ada keusangan terhadap suruhan Allah.Tidak ada keusangan dalam amalan menyembah Allah. Allah mencipta masa dan unsur unsur keusangan adalah merupakan selaput yang sepatutnya tidak sukar difahami. Tetapi tidak begitu. Kenapa? Setiap ciptaan Allah akan melalui dan akan merentasi waktu puncak menuju masa keusangannya. Tidak ada apa yang kekal.Semalam saya bercakap pasal `product life cycle' atau perkara berkaitan kitaran hayat barangan dan perkhidmatan. Fahamkah saudara? Versi usang ada berbagai jika dilihat dari sudut PLC. Sedikit anjakan pada ejaan jenama akan mengakibatkan keusangan yang sangat ketara walau isi asas barangan dan perkhidmatan itu tidak berubah. Itu perniagaan. Itu juga lumrah kehidupan. Tetapi bagi Allah tidak ada keusangan bagi mereka yang melakukan kebaikan. Keusangan berlaku jika hati kita mulai diselaputi oleh benda yang liar, sukar di kupas, ia kaku, ia beku, dan akhirnya merosakkan isi manis yang berada di dalam. Kenalilah Allah dan kefahaman akan bersama yang dicipta. Usahalah bagi merasai kemanisan Iman.
Wednesday, October 5, 2011
It flattens...
The moment of truth has come. The days flattened by itself. That is what and how I see it and describe it. In business they called it the decline stage as seen in the context of product life cycle. In a story book they called it the final episode. What about my self and my life? Golf seem to take a back seat now. Has everything begins to take a back seat? Allah Yang Maha Berkuasa tidak ada mula dan tidak ada akhirnya. Tidak ada rasa keusangan dalam mengingati Allah. Allahuakbar.
Tuesday, October 4, 2011
apa yang di bayangkan..?
Sudah sekian lama saya bayangkan apa yang akan terjadi pada hari ini. Adakah hari ini saya dan apa apa mengenai diri saya adalah hasil dari apa yang dibayangkan semenjak saya kecil lagi? Di segi apa? Saya bayang ini, saya bayangkan itu, saya bayangkan kejadian ini, saya bayangkan kejadian itu, saya bayangkan situ, saya bayangkan sana, dan saya apa yang saya bayangkan selama ini. So are they. Do I have a choice? Do they?Ada dengan sombong nya mengatakan `dia tak hairan lagi ' atau `I have nothing to lose' atau `apa yang dia hendak lagi?' kerana bayang yang selama ini dia takut, telah bertukar tempat. Sekarang orang lain yang takutkan bayang dia..dia tidak mengejar bayang lagi..Segala-gala telah menjadi kenyataan. Allahuakbar. Kepada Mu Ya Allah saya memohon Keampunan dan Keredhaan di atas apa yang berlaku.
Monday, October 3, 2011
Ghostly..
`Turns ghostly'. It frightens me for a while but after some time I was made to feel that I was befriend and the fear is gone. Despite that effort to befriended, three months are too short a period for two persons to be understood. I must be conscious of the fact that she is still a ghost. And what about that two hours session with my students? Are they very much 'ghostly', in that matter? Not with UiTM, but what about with them? Despite that one semester with them, that`ghostly' in the relationship is very much the order of the day. Don't understand them. Allah Yang Maha Besar Yang Mengenal CiptaanNya sebelum kita tercipta lagi..
Sunday, October 2, 2011
terukir kejayaan yang tersendiri...
Lihatlah! I am a product of my own dreams. Orang lain juga tidak terkecuali. Mereka telah menjadi orang `bergelar' kerana itulah yang mereka idamkan dari kecil lagi. Betulkah? Allah Yang Maha Besar, mendengar seseorang dalam konteks apa yang mereka impikan dan apa yang didoakan. Jadi jangan sekali merasa bahawa dia lebih baik daripada saya kerana setiap orang adalah hasilan mimpi yang telah menjadi kenyataan. Semalam saya menghdiri majlis perkahwinan. Melihat segala-galanya adalah simple bagi saya kerana saya telah pun melalui suasana itu. Dan pengantin dan mempelai tersenyum riang di atas pelamin, di sana sini, bila kesana dan kemari. Kenapa? Kerana masing masing adalah `products of their individual dreams and now becoming a reality'. Allah telah menrealisasikan doa mereka. Ianya sudah menjadi kenyataan! Allah Yang Maha Berkuasa Ke atas Segala-galaNya.
Saturday, October 1, 2011
In simplicities and complexities..
Is death a complex event? Don't know until you are the person who is going to die. In the same breadth, is driving a car difficult? So all in all, the eyes can see something complex and at the same time it sees simplicities. So sharing something can be both simple and difficult. For example in the course of my career as a lecturer I share a room with students enrolling in my course. I see simplicities and at the same they see the course as complex. So I must behave accordingly, meaning trying to make things simple. Allah juga melihat simplicities dalam kasih dan sayang kerana permulaan surah Al-Fatihah adalah Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Sebagai manusia ciptaan Allah mengapa kita tidak selalu begitu kepada semua orang? Adakah kita melihat kehidupan dalam konteks kemiskinan dan kekayaan? Kepada orang kaya, kekayaan itu simple kerana mereka telah berada dalam suasana itu. Tetapi kepada orang miskin, kekakyaan itu adalah satu benda yang kompleks. Adakah kedua dua golongan ini tidak boleh berkongsi bilik bagi tujuan yang sama? Allahuakbar.
Subscribe to:
Posts (Atom)