Di ibaratkan saya tinggal di alam di mana saya sangat bersendirian dalam segala-galanya. Tidak ada orang lain menjengah saya. Orang lain tidak tahu di mana adanya saya. Jika saya berkata kata, reaksi mereka menggambarkan mereka masih lagi menggila dan meliar di tahap kehidupan mereka di dalam dunia ini. Mereka hanya melihat satu cerminan hidup iaitu cermin yang dimiliki oleh mereka sahaja. Cermin itu hanya menampakkan kehidupan mereka sendiri sahaja. Hidup saya, alam saya, tidak bercermin lagi. Saya tidak bercermin lagi. Apa yang saya nampak adalah manusia lain sedang sibuk melihat diri mereka dalam cermin. Mereka sedang menggila dan meliar dalam konteks cermin mereka sendiri sahaja. Rukun Haji mengajar manusia supaya membuang cermin itu supaya kehidupan ini dilihat dari sudut yang berbeza. Allah Hu Akbar.
No comments:
Post a Comment