Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Thursday, October 6, 2011
Keusangan...
Amalan solat atau sembahyang tidak pernah melintasi garis keusangan. Tidak ada keusangan terhadap suruhan Allah.Tidak ada keusangan dalam amalan menyembah Allah. Allah mencipta masa dan unsur unsur keusangan adalah merupakan selaput yang sepatutnya tidak sukar difahami. Tetapi tidak begitu. Kenapa? Setiap ciptaan Allah akan melalui dan akan merentasi waktu puncak menuju masa keusangannya. Tidak ada apa yang kekal.Semalam saya bercakap pasal `product life cycle' atau perkara berkaitan kitaran hayat barangan dan perkhidmatan. Fahamkah saudara? Versi usang ada berbagai jika dilihat dari sudut PLC. Sedikit anjakan pada ejaan jenama akan mengakibatkan keusangan yang sangat ketara walau isi asas barangan dan perkhidmatan itu tidak berubah. Itu perniagaan. Itu juga lumrah kehidupan. Tetapi bagi Allah tidak ada keusangan bagi mereka yang melakukan kebaikan. Keusangan berlaku jika hati kita mulai diselaputi oleh benda yang liar, sukar di kupas, ia kaku, ia beku, dan akhirnya merosakkan isi manis yang berada di dalam. Kenalilah Allah dan kefahaman akan bersama yang dicipta. Usahalah bagi merasai kemanisan Iman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment