Tuesday, October 11, 2011

Adakah kebolehan itu kebesaran..?

Yang mana satu didahului dan diutamakan? Kebesaran Allah wajib didahului dan diutamakan. Allah Yang Maha Besar yang menentukan kebolehan setiap kelompok dan individu itu. Tetapi tidak mestinya kebolehan mengambil alih kebesaran yang hanya dimiliki oleh Allah. Kebolehan tidak boleh berpindah kepada kebesaran. Lumrahnya itulah yang lazim menlanda kehidupan manusia. Kebolehan merupakan satu anugerah dan tujuannya menolong yang lain. Tetapi kebesaran pula yang didendangkan menyebabkan kehidupan telah mendahului dan mengutamakan benda yang boleh memecahkan dan meminggirkan yang berhak kepada sesuatu. Lantas manusia dihukum kerana melupai Yang Maha Besar lagi Maha Mengasihi...

No comments: