Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Saturday, October 15, 2011
Gedong ilmu yang tidak pernah berkunci..??
Kunci rumah..kita ingat menguncinya...Malah kita adakala menggila dan meliar dalam mencari kunci rumah yang paling canggih.Tetapi adakala kita tidak berupaya mengunci diri kita sendiri. Kerana apa? Lumrah kehidupan. Hati ini tidak pernah berkunci. Nilai mengunci hati tidak merupaka nilai yang diturunkan kepada saya sejak kecil lagi. Lantas ruang dan peluang bagi mereka yang suka memanipulasi orang lain terbuka luas. Saya tidak terkecuali. Pengalaman hidup banyak berkisar dalam soal kunci dan mengunci diri sendiri. Contoh yang terdekat, adakah kamu cepat menjawab panggilan atau sms dari orang yang baru dkenal atau tidak dikenal pun? 20 Julai tarikh perjumpaan tersebut. Dan hari ini 15 October. Baru tiga bulan masanya. Dia ada pengalaman dalam soal menjerat dan memerangkap. Dia menyedarinya bahawa saya tidak pandai mengunci diri. Dia bertindak cepat. Masa adalah musuhnya. Dia mengetahui dan memahaminya kerana minda nya sudah belajar reward dari sudut minda yang terlatih dan terpesong itu. Politik, sosial, budaya, kita sudah terlatih. Dan ramai yang sudah terpesong. Cukuplah dengan`supply' yang tidak disengajakan. Syukurlah saya cepat sedar. Allah Yang Maha Besar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment