Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Wednesday, October 12, 2011
jahil dan jahat...
Unsur jahil dan unsur kebesaran adalah merupakan unsur unsur yang menjadi tema fikir saya sejak minggu lepas lagi. Tidak pernah saya menimbulkan unsur `kebesaran' apabila berinteraksi dengannya. Sebaliknya dialah yang mengzahirkan unsur jahiliah dalam proses berinteraksi tersebut. Orang jahil lazimnya tidak memahami hak hak yang dimiliki oleh orang lain. Mereka ini main redah sahaja tanpa memikirkan `consequences' nya. Mereka redah saja demi kepentingan mereka sendiri. Baru semalam dia menampakkan unsur tersebut dan ini bukan sahaja menyusahkan dirinya tetapi mengheret orang lain ke dalam masalah disebabkan kejahiliah nya..Allah telah menurunkan Islam kepada kelompok di Mekah yang mana amalan mereka adalah amalan jahiliah. Lantas Islam berkembang ke seluruh pelusok dunia selepas datang nya Islam di bumi Mekah. Sudah pasti Islam mengajar kita perkara yang baik baik. Allah Yang Maha Besar. Tidak mengira siapa, bila, di mana, dan mengapa, bermohonlah supaya kesedaran Islam akan menguasai diri kita 100 peratus. Boleh tak? Bermohonlah kepada Allah Yang Maha Besar, Maha Penyayang dan Mengasihani.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment