Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Monday, October 31, 2011
Putus saf..
Putus saf. Teringat saya ketika menunaikan haji tahun lepas 1431 perkara ini telah menjadi satu perkara `yang berbulu' kepada jemaah lelaki yang menunaikan sembahyang di Masjidil Haram. Tidak sangat di Masjid Nabawi, Medina.Pustus saf di Masjidil Haram agak tidak terkawal kerana jutaan manusia berada menunaikan sembahyang pada setiap waktu. Tidak hairanlah jika jemaah lelaki memarahi suami isteri atau jemaah perempuan dihadapannya yang bersembahyang di saf didepanya dan menyebabkan berlakunya pustus saf ini Saya tidak terkecuali dari perkara ini.
Tetapi bukan `putus saf' dalam konteks sembahyang berjemaah saya hendak sampaikan di sini. Apa yang saya perhatikan, dalam kehidupan kita sendiri telah banyaknya berlaku `putus saf' ini. Adakah kekaraban persahabatan dua orang akan terputus hanya kerana seorang dari mereka telah memungkiri janji atau telah melakukan penipuan? Adakah tergugatnya kesihatan dan kehidupan jika kita mengubah ajaran Allah kepada ikutan lumrah masyarakat `at large' yang memudaratkan? Allah Yang Maha Besar, Kebenaran segala-galanya adalah Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad. Adakah kita masih menyoalkan lagi kebenarannya? Allahu Akbar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
saf dalam solat adalah cermin perpaduan dan kesatuan hati umat...
walau dimana surau mahupun masjid kita bersolat...
keadaan saf amat mengecewakan...
renggang...
bengkang bengkong...
itulah hakikat hubungan dan kesepaduan hati umat sekarang....
Post a Comment