Agak pelik dengan perlakuan yang menggambarkan tidak konsisten atau tiada istiqamah dalam kata kata dan sekali gus menggambarkan tahap lapisan ilmu seseorang dalam dua perkara. Satu, dalam memahami apa yang terjadi, dan kedua, penentuan semangat komitmen sama ada mementingkan diri sendiri atau sebaliknya.Bermula dengan kata kata baik tetapi akhirnya kata kata telah terputar dan diputar dan sekali gus menjadi mangsa kepada label yang bukan-bukan hanya kerana tidak memenuhi apa yang dipinta dan dituntut. Saya pun ada mengalami dimana menyerah kepada perlakuan yang menampakkan sangat ketandusan nilai-nilai yang perlu dimiliki oleh seseorang bagi perhubungan yang sihat, ukuwah, dan bersilaturrahim.
Kalau dilihat dari sudut muda dan tua, orang tua lebih terjaga dari marah dan mengatakan sesuatu yang bukan bukan. Orang muda pula agak bebas dan tidak terjaga dari emosi yang boleh meretakkan perhubungan. Lampu suluh yang mereka gunakan hanya untuk panduan diri sendiri sahaja. Sedangkan lampu suluh yang digunakan oleh orang tua akan menerangi perjalanan orang lain juga. Sesungguhnya uijian besar ciptaan manusia adalah untuk kebaikan dan jauhkan diri dari kejahatan. Allahu Akbar.
No comments:
Post a Comment