Tuesday, November 29, 2011

Hanya lintasan..bukan ayat..

Ada lintasan yang menlolak kebaikan. Lumrahnya ada lintasan yang menggambarkan kaitan dengan kehidupan duniawi yang keterlampauan hajatnya. Baik di pagi hari mahu pun di sebelah malam. Lintasan makan dan minum. Marah marah kalau tidak dapat. Ada yang mengugut tanpa tersedar akan akibatnya. Perubahan? Hati telah berlumut dan tersimpul mati. Pemikiran telah dicorak oleh warna gelap dan pekat hitam. Sekali sekala ditembusi cahaya syorga. Lintasan hajat sangat menggerunkan dan menakutkan. Terhunus adalah pisau yang boleh merobek dada. Ya Allah Ya Tuhanku, berilah taufik dan hidayat kepada siapa yang dalam kelam dan gelita. Hanya dengan cahaya Mu jalan dan laluan dunia menjadi jelas dan nyata. Allahuakbar.

No comments: