Tuesday, November 1, 2011

ringan dan berat...

Orang yang diseliputi kejahatan pemikirannya akan merasai dirinya berat dan pengeluaran kata kata dan perbuatan adalah cetusan beratnya. Sangat berhati hati dan sangat merbahaya. Tidak boleh silap cakap. Kalau kata kata itu terkeluar kepada orang berat juga, maka berlakulah perang dunia ketiga kerana berat dengan berat adalah jodoh perkelahian dan pertengkaran. Adapun yang berat dan yang ringan tidak merupakan jodoh yang berpanjangan.


Lantas disebalik yang berat adalah orang yang ringan dalam segalanya. Walaupun nampak berat pada zahirnya, memikul tanggungjawab yang besar, dia tidak terasa itu semua. Malah dia tidak suka kepada kejahatan dan dengan mudah dan dengan senang dan ringanya melarikan diri dari perkara perkara yang ada unsur kejahatan.Orang jahat sangat sukar berbuat itu semua. Kepada  orang yang berat sentiasa memperkatakan sesuatu itu sebagai cabaran. Kepada orang mudah dan ringan sifatnya akan menerima apa jua kerana roh yang ringan yang ada pada dirinya. Malah dia nampak dan sedar kejahatan yang cuba mempengaruhinya agar turut serta dalam peperangannya.Yang berat tidak mengetahui ini semua.


Tafsiran kata kata dan perbuatan bagi kedua dua kategori orang ini tidak sama. Yang ringan tidak mudah melatah dan masuk perangkap orang jahat dan berat ini. Oleh kerana dia berat dia sendirinya telah merupakan perangkap semula jadi agar orang terpijak dan masuk perangkapnya. Orang ringan dan baik hati tidak sebenarnya berpijak dalam keadaan pijaknya berat. Ringannya seseorang itu membeli sesuatu yang mahal kerana dia ringan dengan tujuan dan hasrat yang ikhlas yang mungkin ada pada barang itu. Yang menjual dan sedang memasang perangkap  dengan kata kata dan perbuatan yang menampakkan berat dan kejahatannya. Yang jahat menyangka dia menang kerana pembeli sudah masuk perangkapnya. Tidak sama sekali! Pembeli adalah seorang yang mudah, ringan, kerana dia membawa keikhlasan dalam pembeliannya. Siapa yang mencabar dan tercabar di sini?


Allah Yang Maha Besar akan memberi ilmu kepada hambaNYa yang berhajat kepada kategori ringan tadi dan melindunginya dari terpijak kepada perangkap yang masih degil dengan cara hidup yang sentiasa memerangkap. Allahu Akbar.

No comments: