Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Tuesday, November 15, 2011
sebelum....
Sebelum ada lampu elektrik, mereka menghargai sedikit cahaya dalam bentuk lilin, pelita, dan unggun api. Sebelum ada jalanraya dan kereta, mereka menghargai apa jua bentuk laluan dan kenderaan yang membolehkan mereka ke sana walaupun sampainya mungkin memakan masa seminggu atau berhari hari. Sebelum berjumpa internet, mereka menghargai kiriman pos dan penghantar surat yang menghantarnya. Sebelum ada handphone , mereka menghargai telephone dan menganggapnya anugerah kedudukan status sosial yang tidak ternilai pada ketika itu. Itulah kehidupan. Lumrah perjumpaan tidak lagi melambangkan satu keakraban persaudaraan dan mengeratkan silaturahim. Sekarang segala-galanya mudah sehinggakan kesihatan telah dianggap begitu sahaja. Itulah cerita sebelum. Sebelum gagal. Sebelum tua. Sebelum sakit. Sebelum mati. Dan tidak dilupai, sebelum ada blog seperti hari ini. Menulis dan menyampaikan sesuatu tidak sesenang sekarang. Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah akan segala dosa yang telah aku lakukan. Hanya kepadaMu hambaMu ini memohon pertolongan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment