Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Friday, November 4, 2011
Teringat hari nak ke Arafah..
Keseluruhan rasa hari nak ke Arafah adalah persoalan, persoalan, persoalan..Ramai jemaah Malaysia yang menginap di Aber Garden Hotel, lebih kurang tiga ratus, hairannya, tidak ramai yang boleh mengterperincikan cara, corak, dan ciri perjalanan hendak ke sana dalam kata kata seorang pengembara. Puncak haji adalah ukuf di Arafah. Ia juga puncak kepada segala gala dan kerana ianya mencakup persoalan kelahiran, perjalanan, dan kehidupan seseorang di muka bumi ini. Agaknya itulah sebab pemergian ke Arafah merupakan hari yang sungguh mendebarkan dan ada juga yang takut dengan pemergian itu. Apa tidaknya, disitulah jemaah akan diduga dengan keterbukaan atau ketertutupan. Bagi saya, peristiwa di Arafah, merupakan peristiwa proses keterbukaan yang tidak ada tolok tandingnya dengan apa yang saya lalui dalam kehidupan saya sebelum itu. Apa yang boleh diungkapkan ketika itu adalah Allahuakbar. Allah Yang Maha Besar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment