Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Thursday, March 8, 2012
Hati yang tertutup dan hati yang terbuka..
Ada perkara yang sudah terbuka. Dan ada perkara yang sememang fitrahnya akan terus tertutup hingga ke akhir hayat. Kita sebagai manusia, satu daripada keupayaan fizikal ialah menutup dan membuka. Bergerak dan berjalan. Bercakap dan mendiamkan diri. Keupayaan fizikal tidak semestinya menggambarkan kebolehan mental atau minda mengupas dan mengulas. Keupayaan fizikal tidak seiring dengan kebolehan minda. Adakah fitrah fizikal itu mendahului fitrah mental? Adakah itu merupakan satu kefahaman yang tidak jelas? Walaubagaimanapun Islam mengajar kita supaya berilmu kerana hanya dengan kekuatan berilmu akhirnya akan melewati sempadan keupayaan fizikal yang menurun tenaganya. Tidak pada mental. Fitrah pembesaran mental tidak ada sempadannya. Peningkatan Ilmu adalah sinonim dengan peningkatan kekuatan. Adakah pernah kita berfikir dan terfikir? Allahuakbar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment