Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Saturday, March 17, 2012
Timbul, tenggelam, atau tertimbus...
Agak kurang ajar saya dengan perkataan tertimbus. Sudah pasti ianya ada kaitan dengan kubur seseorang. Dan itulah mesej saya dengan menengahkan istilah timbul dan tenggelam. Apa maksud saya? Banyak benda boleh bincangkan. Banyak benda boleh dipertikaikan. Banyak benda yang sudah boleh diberi rumusan atau kata penutup. Dalam pada itu kita mesti positif kerana banyak benda yang juga mula menjengok dan mengintai dunia. Mereka tidak tahu sama ada mereka akan tenggelam atau mereka akan timbul, atau tertimbus dalam usia yang muda. Yang pastinya mereka mesti positif. Yang pastinya juga mereka akan bermusahabah diri apabila tiba masa nya. Tidak lari seseorang itu dari ujian kehidupan. Itulah kehidupan sebelum tertimbus. Kepada Allah kita menyerah, kepada Allah kita bersyukur, berdoa agar selamat di dunia dan diakhirat. Allahuakabr.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment