Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Friday, May 18, 2012
berterus terang...
Manusia perlu masa yang lama dan panjang bagi merumuskan sesuatu. Itu pun tidak semua akhirnya boleh dierima kerana peredaran zaman dan masa. Kehidupan yang dinamik.Tidak pada haiwan dan binatang. Makluk ini cepat merumus dan menjangka sesuatu tanpa penyelidikan terlebih dahulu. Pada mulanya manusia tidak kemas menyusun dan mengatur. Dan pada mulanya mereka selalu jatuh sakit dan lambat pula sembuh.Tetapi setelah sekian lama, barulah kita tersusun sikit dan teratur sikit kehidupan dan kesihatan kita. Satu anjakan! Tetapi dalam pada itu, manusia adalah makluk yang senang dicemari dan dipengaruhi. Jadi bagaimana kita boleh menasihati seseorang kalau kita sendiri yang sudah tercemar? Tambahan pula kedua dua mereka sentiasa terdedah kepada situasi `black hole' ? Maknanya, kalau tidak engkau mempengaruhi aku, akulah yang mempengaruhi engkau. Lantas tercetus bidang-bidang sains, sains sosial dan kemasyarakatan.Tidak begitu bagi haiwan dan binatang. Ia merupakan makluk yang tidak tercemar. Ianya hidup dalam satu kelompok dan dalam satu keadaan iklim dan susana. Lantas mudah pupus. Fikiran dan tindak tanduk haiwan dan binantang adalah simple dan straight forward. Mereka tidak perlu pada penyelidikan. Sesama mereka tidak ada main sembunyi. Mereka lakukan apa perlu dilakukan. Dan ianya begitu dari zaman dahulu kala lagi. Makluk haiwan dan binatang merupakan makluk yang berterus terang. Persoalan yang tercetus, adakah sifat tidak berterus terang ini menyebabkan manusia hidup lebih lama dari haiwan dan binatang? Allahuakbar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment