Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Friday, May 25, 2012
meresap masuk ke alam lampau...
Tidak ada apa sangat difikirkan pada ketika dan masa itu. Di pagi hari hanya memikirkan minuman teh susu yang dihidangkan oleh emak di dapur. Selepas itu memikirkan hendak ke bandar menolong abah berniaga di kedai Hassan Omar. Tidak sangat memikirkan pasal adik beradik. Hanya terbayang kepada wajah wajah mereka dan tidak memberi apa apa gempar pun di hati. Apa mereka juga memiliki matlamat dan serius terhadap hidup dan kejayaan? Tidak ingat dan tidak terdengar expresi yang sedemkian dari mereka. Biasa biasa sahaja. Tercuit juga pemikiran apabila berita suratkhabar dibaca. Isu komunis dan pengisian kemerdekaan menjadi topik hangat.Tetapi yang sangat tercuit apabila membuat round menghantar suratkhabar ke seluruh bandar Temerloh dan rumah rumah disekitar. Saya sangat berdisiplin.Terasa teruja dan seronok. Hanya syok sendiri agaknya. Tidak terdengar kata kata pujian. Hanya sekadar ingatan tetapi tidak sangat tercuit akan laporan perjuangan individu individu yang sekarang dilipatan sejarah. Ternampak Pak Sako sedang menuju ke kedai abah dan nampak gah dengan kamera yang digantung dilehernya. Ternampak Tun Razak menunggu abah kerana hendak membuang undi di kampong Buntut Pulau Temerloh. Ternampak Tunku Abdul Rahman sedang berkempen dengan gaya dan loghat Kedahnya. Ternampak Ghazali Shafie, ternampak juga Ghafar Baba yang sedang memberi ucapan di rapat umum raksaksa di padang Temerloh yang juga disertai oleh singa Malaya Syed Jafar Albar.Ternampak Sudirman yang sedang mencari komik Dandy dan Beano di kedai abah yang terletak di 57 Jalan Ibrahim, Temerloh, Pahang. Ternampak pelakon Malek Selamat, pelakon S. Roomainoor, Abdullah Chik, Rosyatimah, Mahmud June yang sedang membuat penggambaran Tunang Pak Dukun dan menggunakan lokasi Sungai Pahang. Lain dengan P.Ramle dan Saloma. Ternampak juga mereka dengan aura yang tersendiri sedang berjalan menuju kepanggung Semantan untuk membuat persembahan. Lemparan senyuman P. Ramlee sangat terpahat diingatan. Tak hairan lah title legenda yang diberikan kepada P.Ramlee. Sangat hampir dengan mereka tetapi tidak ada apa yang hendak diingatkan dan yang hendak dibanggakan. Biasa biasa sahaja.Syukur kerana tidak menyimpan perasaan dendam, dengki dan iri hati. Hanya mengikut kata dan apa jua arus yang sedang berlalu pada ketika itu. Allahuakbar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment