Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Saturday, May 12, 2012
Teori yang salah...
Teori yang berkesan adalah teori atau rajah yang menggambar perkara yang sangat hampir dengan diri kita yang sangat kuat peranan rangsangannya. Kalau ditengok peristiwa yang berlaku dalam negara kita, kita disogok dengan seorang individu yang sangat yakin bahawa dengannya negara kita boleh berubah. Orang miskin lebih didengari jika dia bercakap dengan orang miskin. Orang kaya lebih didengari jika dianya bercakap dengan orang kaya. Lantas dalam soal apa jua pun, biar diri kita sendiri menasihati diri kita sendiri. Saya sangat berpuas hati dengan apa yang saya tulis. Kerana kalau dikira dari sudut pembaca nya, memang tidak ada. Justeru tulisan ini adalah tulisan yang mengingati diri saya sendiri dan ianya dengan sendiri menasihati diri saya sendiri. Itu teori yang betul selepas kita habiskan masa dengan cikgu dan guru. Orang lain? Mereka hanya sekadar berada disitu kerana meminta perhatian. Sesungguhnya Allah lebih hampir dari segala galanya. Berdoalah, besyukurlah. Allahuakbar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
manusia membina pegangan kerana itulah yang termaktub sejak bernyawanya seorang insan. Pegangan, teori, falsafah dan seumpamanya adalah nada-nada sebuah pemikiran yang diolah saban hari agar menjadi dan menghampiri kesempurnaan. Persoalanya kini, disebabkan terlalu mendambarkan kesempurnaan, manusia sememangya gemar bertindandak melarikan diri dari konsep dan pegangan yang mereka sendiri bentukkan, apakah ini lumrah? Membina dan kemudian meruntuhkan? sememanya percaya denagn diri sendiri, bergerak denagn pegangan diri adlah yang terbaik, kerna manusia dibekalkan segala macam permikiran yang seharusnya dibajai untuk kejayaan di hari muka, Manusia yang bijak adlah mereka yang memutuskan untuk bergerak seiring matlamat hidup yang benar dan berpeagang pada teori " dunia satu persinggahan"...
Post a Comment