Wednesday, October 31, 2012

Sandy meragut...


Badai yang digelar `Sandy' dianggap sebagai super bencana. Kali ini ianya benar benar meragut. Sepandai-pandai USA dengan sistem penyerang dan penyelamatnya, Kuasa Allah lebih mengusai dan mengatasi segala-galanya. Allahuakbar.

Tuesday, October 30, 2012

view..

There are always roads to somewhere...But  reaching the destination depends so much on the milestone that marks `SIMPLICITIES' or 'COMPLEXITIES'.

Monday, October 29, 2012

hanya hiasan...

life is a simple journey to heaven. That is life. Unfortunately it is not life that matters but death. Then death makes life a journey  so complex. Life comes. Life goes. And when death comes in its acceptable form, life is indeed a simple journey. We create problems unnecessarily along the way. The thick of the wall of  houses, the repressive a thought can become. A thought can become so haunted and everything is no longer a skin deep. The depth of life and the complexities has become the talking point of the town. It creates a culture in everything. It creates divisiveness in thoughts and a repressive one that puts individuals so much apart. Then what kind of culture is that? Memohon keampunan dari Allah Yang meletakkan segala-galanya di tempat yang benar. Allahuakbar.

Sunday, October 28, 2012

bet on the wrong horse..

So to speak. Everybody has been betting. But majority bet on the wrong horse. A simple yes is very difficult to come by. It has always been a silent and quiet `no` in its divisive and indecisive form. I have had enough of behaviors full of lies and deceit. That shall be the likely topic of things to say if I were to be asked to identify a theme for life and living. Tidak ada yang mendekat kerana hidup penuh dengan kepuraannya. World of make belief that sees and says the wrong thing about people and individuals. Despite being left out from the main stream of events, the irony, it can be the loneliest part of felt in this world if it is of only self and selfishness. Allah sentiasa bersama dengan orang yang benar. Allahuakbar.

Saturday, October 27, 2012

cuba jangan melawan..

Aku mengenepikan segala  rasa ketakutan dan kerisauan. Kedua dua perkara itu adalah mainan kehidupan  dunia. Terbawa ke mimpi pula. Tetapi dalam kehidupan ada kematian. Tatkala hati merisaukan sesuatu, ada juga rasa hati tidak di dekat dan di bendung oleh apa-apa. Tersinggah di tempat penuh kesyahduan dan ketenangan. Keindahan rasa apabila melalui hidup tanpa ikatan yang boleh membawa kemarahan dan kemudharatan. Cuba jangan melawan. Jangan di tarik perkara perkara yang menolak kita apabila kita cuba menariknya kepangkuan pemikiran kita. Cuba jangan melawan akan apa yang dirasakan sudah satu ketentuan. Allahuakbar.

Thursday, October 25, 2012

Di padang arafah..pintu doa terbuka luas..

Buat petama kali kita melangkah masuk, dan buat pertama kali kita terpandang dan merasai segala galanya. Itulah rasa dan perasaan yang dirasai oleh mereka yang bergerak menuju ke arafah bagi melalui masa dan detik ukuf bagi menyempurnakan satu dari lima rukun haji. Tidak kah itu juga merupakan satu iktibar kepada hidup kita hari harian. Setiap hari kita dipersilakan masuk merasai hari dan suasana yang belum pernah di masuki dan belum pernah dirasai. Itulah perasaan apabila kita memasukki hari yang belum pernah kita tempuh sebelum hari ini. Adakah kita menyedarinya? Dan adakah kita bersyukur kerana di terima Allah memasukki `padang arafah' dan menikmati kehidupan `ukuf' bersama sama mereka yang lain ciptaan Allah Subhanawataallla. Allahuakbar.

Wednesday, October 24, 2012

Ruang kecil...

Ada saya menyatakan sesuatu yang mana pada mulanya saya pun tidak menyedari akan impaknya terhadap perkembangan ilmu dan pemikiran saya. Saya menyatakan kepada kelompok pelajar ini bahawa kita mudah dpengaruhi oleh aspek lumrah dan aspek fitrah. Aspek luaran dan aspek dalaman. Ruang besar dan ruang kecil. Ruang yang banyak bertolak ansur dan ruang yang tidak memberi kita peluang langsung untuk melakukan sebaliknya. Ruang di rahim ibu dan ruang di liang lahad. Saya pun tidak menduga dan menjangka akan tertulisnya perkara perkara seperti ini di pagi hari ini. Saya hanya akan berusaha melebarkan pengertiannya dalam konteks kebesaran Allah. Allahuakbar.

Tuesday, October 23, 2012

Surah...

Mengapa tidak? Selalu sangat saya menyentuh sesuatu dan di bawah topik tertentu dan teraba-raba mencari dan merasai roh di sebalik topik tersebut. Mengapa tidak menggunakan istilah surah?  Lebih mendekatkan diri dengan Allah jika topik itu di bincangkan dalam konteks surah. All of a sudden, it neutralises the bad elements in something. Semuanya dalam Kekuasaan Allah. Allahuakbar.

Monday, October 22, 2012

Tidak lagi mengenepikan sebarang rasa..

 A shift of feeling would spell another me. Minute and a small change in feeling would witness a different experience altogether. A memory lapse occurs,  however short, would transpired a different eagerness in almost everything I do. Yesterday I found myself in a very different sombre of mood. I can sense the change in me, and a different sense in time and timing, somewhat braver and healthier. It can be seen as a full swing from what I was normally before. Allahuakbar.

Sunday, October 21, 2012

Hilang arah..

Saya merasakan hilang arah buat seketika. Malah saya mengalami hilang pedoman, hilang sengat terhadap benda dan sesuatu dalam masa yang kecil dan menakutkan. Is it a sign of old age or just a lapse of memory that jolts me into something and somewhere I have never been and felt before? Kepada Allah saya meletakkan Kebesaran pada TempatNYA. Tidak ada Kekuasaan melainkan Kekuasaan MU ya Allah. Maha Suci Allah dari Sebarang Kesyirikkan. Allahuakbar.

Saturday, October 20, 2012

silih berganti...

Yang datang akan pergi.Yang hidup akan mati. Tidak terhitung siapa, mengapa,di mana, yang datang memberi, yang pergi sesudah menjalankan peranannya memberi dan menerima.Semua, bila tiba masanya, akan mengundurkan diri. Hidup silih berganti. Tidak lama kita memberi dan menerima. Persoalan menghantui diri, adakah kita benar benar berperanan dalam memberi dan menerima. Sampai masa di panggil pergi, pastikan yang tinggal sudah cukup berbekalkan iman dan ilmu bagi menyambung peranan memberi dan menerima.Sesungguhnya Allah Yang Maha Berkuasa. Segala-Galanya dari Allah. Segala-Galanya akan kembali kepadaNYA. Allahuakbar.

Friday, October 19, 2012

Tidak begitu...

Jawapan yang sama, tetapi masih tidak menyedarinya. Itulah Kekuasaan Allah.  Adanya malam dan adanya siang, tetapi apa yang di buahkan oleh manusia tidak menampakkan kesedaran itu. Firuaun menjawabnya dengan pembinaan piramid. Tidak terkecuali perbuatan dan keputusan di sana sini yang menampakkan riak dan takbur. Allah  memberi tahu dengan cara yang mudah sekali dan tidak sukar bagi mata memandang, telinga mendengar, kaki melangkah, dan otak memikirkannya. Tetapi manusia  membina dan melontarkan persepsi  yang menggelirukan dan membawa kepada kerosakan  harta benda dan kehidupan. Allah Yang Maha Mengetahui. Allahuakbar.

Thursday, October 18, 2012

Allah Yang Mengatasi Segala-Galanya...

Dan Allah memilih Nabi Muhammad S.A.W.sebagai perantaraan bagi kita manusia memahami kehidupan dan kematian. Juga menolong kita memahami kematian  dengan neraka dan syorganya.  Manusia selepas Nabi Muhammad menampakkan ketidaksempurnaan yang amat ketara. Kita dikongkong dengan perbuatan, perkataan, dan sistem kehidupan yang membelakangkan silaturrahim sesama umat yang dicipta oleh Allah Yang Maha Berkuasa Ke atas Segala-Galanya. Perbalahan antara kelompok manusia adalah merupakan tema kehidupan hari ini. Kita telah meletakkan sesuatu dan seseorang di tempat yang boleh dipertikaikan. Riak, takabur, sombong, angkoh, adalah ragam manusia di mana mana. Di tanya adakah kita tersampai maksud Al-Quran dan Sunnah Nabi dalam pengertian sebenar dan yang sepatut difahami? Ya Allah, hamba Mu ini memohon keampunan. Allahuakbar.

Wednesday, October 17, 2012

My another half...

My another half, my another world, my another good self, laughing and smiling to helping and making way for all the generosities I could find in me. And yesterday, my dream told me so. It is unbelievable, but that is the realities of those who discover the other good half of their existence. It is not an adversities after all, but is being painted as such by many and for a while I have been living under such a spell. And the spell is broken.  It is just a momentary set back and Allah is Great. Allah has given the life that I feel and a Muslim should belong to. Allahuakbar.

Tuesday, October 16, 2012

Seru..

HEMBUSAN YANG BERBEZA
Rambut sama hitam, tetapi seruan lain-lain. Itulah ungkapan yang dapat menyimpulkan rezeki seseorang dengan yang lain yang tercipta di dunia ini. Ada yang menggunakan kebolehan tangan dalam menentukan rezekinya. Lantas rezekinya berbeza kerana kebolehan tangan nya sudah dahulu menyeru nya melakukan sesuatu di mana tangannya memainkan peranan utama dalam menentukan rezekinya. Dan dia redha. Adakah itu merupakan satu ketentuan Allah? 

Dalam nafas yang sama, bila terlihat assignment pelajar, bolehkah disimpulkan bahawa qualiti assignment di kaitkan dengan seruan yang disebut tadi? Ada pelajar yang ambil berat pasal assignment. Ambil berat sudah cukup menggambarkan keseriusan mereka terhadap tugasan tersebut. Tetapi mengapa tidak begitu jika dibandingkan dengan pelajar lelaki? Adakah ini ada kaitan dengan perempuan di cipta berlainan dan berbeza seruan berbanding lelaki? Jawapan kepada persoalan tersebut di rasakan jelas. Tetapi mengapa ianya merupakan satu permasalahan kepada institusi yang berusaha mendidik pelajar pelajar ini? Allah is Great. Allahuakbar.

Monday, October 15, 2012

Mengingat dan memahami..

Dua perkara yang sangat menghadirkan diri dalam dunia pelajar dan belajar. Ramai yang pandai mengingat tetapi lemah dalam memahami. Ada yang memahami tetapi sukar mengingati sesuatu. Suka saya berkongsi tip akan cara mana mengingati dan memahami ini. Bila kita memahami sesuatu, ianya merupakan dunia fikir yang mana kita sendiri sahaja yang merasai kefahamannya. Ianya merupakan satu kelazatan kepada individu berkenaan. Susah hendak berkongsi bab faham dan mengerti ini. Ianya milik individu yang sangat tertutup rapat dan kuncinya hanya dimilik pada individu tersebut.

Satu misalan yang mungkin sangat tidak terpencil sifatnya dan ceritanya adalah begini. Ada yang memahami akan keperluan wang kalau hendak menyewa sebuah bilik atau sebuah rumah. Tetapi ingat ke dia dengan hutang yang perlu di bayar yang digunakan untuk menampong perbelanjaan tersebut? Jika dia kena musibah di kemudian hari adakah dia faham bahawa musibah itu adalah disebakan hutang yang dia lupa membayarnya? Satu contoh yang dirasai tidak sukar diingati dan di fahami.


Contoh yang lain adalah bersabit dengan kegagalan sebuah syarikat kerana gagal memahami soal pelaburan dan juga soal pengurusan. Bila gagal, ada yang menyalahkan persoalan pelaburan. Tidak kurang juga yang menyalahkan permasalahan pengurusan. Bila saya memberi kuliah pemasaran,  dimensi mana yang saya memberi penekanan? Sudah tentu persoalan pengurusan yang menjadi paksi kepada kefahaman tersebut. Lantas kiranya persoalan pelaburan yang memenuhi otak si pendengar, sudah pasti tidak berlaku kefahaman di kuliah tersebut.


Dua contoh yang telah di paparkan mengundang ilmu yang berlainan. Tetapi dua contoh tadi membawa kita kepada soal seru atau kesedaran yang mendalam terhadap apa dan mengapa satu benda itu danggap mudah dan mengapa bagi orang tertentu ianya dianggap remeh dan sangat mudah dilupai.


Seruan beragama dan mengingati Allah adalah satu satu ramuan bagi menangani permasalahan dan persoalan ingat dan memahami ini. Ramai yang hanya mendengar dan menerima seruan dari diri sendiri sahaja tanpa memikirkan masyarakat dan kejadian keseluruhannya. Dengan lain perkataan, kefahaman dan ingatannya tidak diresap oleh roh agama.


Saya memohon keampunan dari Allah Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Berkuasa ke atas Segala-Galanya. Hanya kepada Allah kita memohon pengertian, kefahaman yang sebenarnya. Allahuakbar.

Sunday, October 14, 2012

Saluran doa yang terbuka...

Tatkala perasaan malas melanda, ketika keletihan merayap ke seluruh ceruk tuboh, perbuatan, dan fikiran, maka terdengarlah nada sayu memberi tahu bahawa inilah masa yang sangat berkeadaan untuk mendoakan sesuatu bagi kebaikan sesuatu dan seseorang. Musim Haji bagi jemaah yang hendak menyempurnakan rukun Islam Yang Ke-5, sudah pasti akan berdepan dengan suasana perbuatan dan pemikiran yang menguji ketabahan kita sebagai hamba Allah, baik di mana jua jemaah haji berada, di Madinah dengan masjid Nabawi dan Raudah, di Mekah dengan Masjidilharam dan Kaaba, di Arafah, di Muzdalifah, di Meena, dan dalam segala bentuk dimensi  perjalanan ke sana dan di sana keseluruhanya, sesungguhnya memperlihatkan Kekuasaan Allah.Tatkala dalam keadaan berihram, saluran untuk bedoa kepada Allah terbuka luas seluasnya. Ya Allah hamba mu ini memohon keampunan. Sesungguhnya tidak ada kekuasaan yang mutlak melainkan kekuasaan MU ya Allah. Hamba memohon kekuatan, kekuasaan, kekayaan dalam keimanan. Begitu juga kepada ahli keluarga hamba dan memohon kesejahteraan bagi umat Islam sejagat. Allahuakbar.

Saturday, October 13, 2012

Segala Pujian....

Segala Pujian hanya bagi Allah dan salawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Ungkapan yang membuat kita merasai hidup ini hanya sementara dan tidak bertahan lama. Bersyukur di atas kurniaan dan rezeki yang di beri kerana menginsafi ciptaan yang penuh dengan keajaiban. Allahuakbar.

Friday, October 12, 2012

hidup dan kehidupan...

Ada bezanya.Banyak bezanya. Antara hidup dan kehidupan bezanya adalah segi permasalahannya dan di segi persoalannya. Ada perkara tidak boleh dipersoalkan maka ianya merupakan permasalahan. Hidup dengan persoalannya. Kehidupan dengan permasalahannya. Apabila jelas berdepan maka saya berdepan dengan persoalan. Lemparkan sahaja soalan, pasti dapat jawapannya. Tetapi apabila saya tidak berdepan, maka persoalan bertukar menjadi masalah. Tidak mudah bila berdepan dengan masyarakat. Jika diajukan soalan tidak sesenang itu saya memperoleh jawapan. Bandingan dengan hidupan laut dan kehidupan di darat maka ternampaklah ikan dan manusia. Ikan, laut dengan persoalannya. Manusia, darat dengan permasalahannya. Sesungguhnya Allah Yang Maha Berkuasa. Mohonlah petunjuk dan hidayat. Allahuakbar.

Thursday, October 11, 2012

It adds up to...

Or it adds up vertically? Or it adds up to nothing? It seems nothing adds. All by itself doing their things. All alone by myself  still searching and looking for something that adds up to something. Yes, it does meets and interact, but still far from being added to something supreme. Good things have to wait. It adds up but I have to wait for that moment when everything adds up to something spectacular. Mohonlah keampunan dari Allah Yang Maha Mengetahui. Allahuakbar.

Wednesday, October 10, 2012

bila hati bertongkatkan langit...

Kaki pula berpijakkkan suasana yang tidak beku tetapi penuh kecairan.Lantas ke atas salah, ke bawah pun salah, maka timbulllah perasaan ketidaktentuan dalam hendak menyatakan sesuatu. Ianya perkara biasa bagi setiap perkara yang hendak diperkatakan. Lantas tertulislah perkara seperti yang tertulis, bernada puisi dan tidal lagi prosa. Apa inikah aku yang mana jalannya berliku? Atau inikah aku yang sememanynya begitu? Kepada Allah saya berserah dan memohon petunjuk. Allahuakbar.

Tuesday, October 9, 2012

by myself, from myself, for myself...

So much of what is left of me. The word self is taking shape into my writing. I can just write a sentence. Or I can just write sentences without ending in sight. But time does care. And so onto something what I should care about. Just sheer expression of an alcoholic situation which is just emotional no substance. Sometimes words just heading towards nothing and nowhere. But it heals. It sets apart the fake and the genuine. It also serve a purpose. "Ada hikmahnya". Everbody has to move forward. Pohonlah keampunan, pohonlah ke arah jalan yang lurus. Allahuakbar.

Monday, October 8, 2012

Tidak mencemaskan...

Just as good as dead. Saya tidak mencemaskan sesiapa lagi. Baik di dalam apa yang dibuat harian, mahupun di kalangan ahli keluarga yang mana ada yang tidak menampakkan kesungguhan. Agaknya itulah yang dirasai oleh seseorang apabila dia menghadapi saat kematian. Beransur hilang segala kekuatan. Maka beransur hilanglah juga impak terhadap yang bergoyang dan yang bergerak. Cakapnya dan perbuatannya mungkin dirasakan tidak berguna seperti dahulu tatkala tenaga boleh menyanggah apa dan sesiapa. Kehadirannya tidak mengimpakkan apa-apa deria rasa yang menyelerakan. Ya Allah, sesungguhnya hanya Allah sahaja yang Mengetahui baik yang nampak dan yang tidak. It has been described as such. Is it a well fitted description of myself? I don't know. Saya memohon keampunan. Allahuakbar.

Sunday, October 7, 2012

Saturday, October 6, 2012

Asas nya 1...

Itu sebabnya kita mudah menjadi mangsa. Segala dan semua keperluan, asasnya atau sebab mulanya adalah satu pada satu masa yang agak panjang. Tetapi oleh kerana pemikiran dipenuhi dengan pemikiran yang tak tentu arah, maka berlakulah penipuan dan pembohongan terhadap diri sendiri atau secara tidak sedar kepada orang lain. Lantas dengan mudahnya kita akan menjadi mangsa. Ada banyak istilah boleh dikaitkan dengan perkataan mangsa ini. Kita mulakan dengan istilah mangsa dahulu dan kemudian bergerak ke istilah yang membawa makna dan pengertian yang sama atau hampir sama. Faham kah saudara jika saya mengatakan bahawa apa yang terbeli kerana dia yang membeli itu adalah merupakan mangsa anak peperangan? 

Dalam nada yang agak sama, begitu juga dengan mangsa penceraian ibu bapa, mangsa kemiskinan, mangsa tsunami, mangsa budaya, mangsa sosial, mangsa ekonomi. Maka berlakulah gila bayang, gila talak, ada yang menjadi pandir, ada yang taksub, ada yang setia membabi buta kerana berada dalam keadaan atau suasana tertentu. Oleh kerana umur saya begini maka tindakan saya ada lah keras dan kasar kerana tanduk saya keras dan kasar. Tetapi perlukah saya bersikap demikian? Tidak hairanlah ada orang yang berhati lembut dan sopan kerana dia ada lah mangsa zaman yang berteknologi tinggi yang tidak mementingkan lagi aspek budaya dan sosial persekitaran. Mereka bertindak dengan tidak menggunakan tanduk seperti saya. Mereka sudah jauh dari asas kepada segala-galanya. Asasnya kepada segala-galanya adalah satu. Ramai sudah jauh tersesat tidak pandai atau sudah lupa jalan pulang. Allah Yang Maha Besar Allah Yang Maha Berkuasa. Pohonlah keampunan. Pohonlah supaya kita berjumpa dengan jalan yang lurus. Allahuakbar.

Friday, October 5, 2012

An alcoholic situation...

Almost on and with everybody. They have strong feel for something, for somebody, and for some place. I am no exception. And now I am going to lift myself out from it. Can I? No more in the shadow of usual time and usual hours. No more in the shadow of usual personalities and cult feeling of work, joy, concern, conscience and worries. No more in the shadow of old knowledge and new knowledge. And no more in the shadow of the pasts and the future. Just wanted  to be plain me experiencing freedom but at the same time could mold anything into something useful for the moment. Kepada Allah saya memohon petunjuk dan hidayah. Allahuakabr.

Thursday, October 4, 2012

filter...

It is not a mystery after all. From age 1 to 5 it has been said we shall be influenced most by surroundings of where we are giving birth and by whom. The filtering process start to take shape in earnest and from age 1 to 5 it stops at nothing. It takes and it does not give. The eyes don't do the blocking, and so are the ears, and the mind. And considering where I was born, after age 5, it becomes a solid filtering platform and results in the offspring of my future filter in the mind, heart, physical and mental behavior At this minute, I am up because I yearn the serenity, the tranquility of the morning and it is all because I was born with that filter as the starting point. Allah Yang Maha Besar. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Allahuakbar..

Wednesday, October 3, 2012

Memohon Perlindungan..

Jika cuaca terlalu panas, memohon perlindungan dari mati kepanasan. Jika terlalu sejuk, memohon perlindungan supaya keselesaan suhu badan berlaku. Mungkin sangat terasa bagi mereka di negara dan tempat di mana perlindungan tidak di pandang mudah. Selalu berlaku malapetaka secara semula jadi. Lantas berlakulah dengan cepat dan pantas teknologi yang dapat memberi perlindungan yang segera. Di Malaysia agak berbeza. Ujian yang besar bagi penduduknya adalah perlindungan dari mengambil mudah akan perlindungan yang sudah dicipta dan tidak di rasa perlunya dan peranannya.  Lantas berlakulah pembaziran, kealpaan dalam segala aspek perbuatan dan perhubungan kehidupan. Justeru itu berlaku juga tidak ada penghormatan dan hormat kepada yang berkebolehan dan kepada yang jelas memberi dan menolong. Tidak kira dari yang bernyawa dan yang tidak.Ya Allah Ya Tuhan Ku. Berilah hamba Mu ini perlindungan dari kelalaian dan kealpaan, dari riak dan takabur. Allahuakbar.

Tuesday, October 2, 2012

It is not your war..is it?

I can say that. Don't feel the sword in my hand. Don't feel the pain the sword causes the cut. It bleeds but it does no hurt. It is just not your war despite the raging of the battles everywhere. They have to battle on. Just watch their aura and the spirit that spells the in fighting in them. But I am just a passer by. Anybody needs my help? I just appear to be of nobody and of no use to them. Or just because they are heavily bombarded that causes the blindness in them. But soon the war shall be over. Only then they would need the nursing and the talking. Till then they are in the midst of fighting their own battle. Allah is Great. A war and the all the battles shall stopped. Di saat itu kita akan merasai kenikmatan hidup dengan satu kesimpulan hidup ini untuk semua. Jika kita beperang kita tidak boleh megecualikan siapa siapa dari turut serta. Kepada Allah saya bermohon taufik dan hidayah. Kepada Allah saya memohon keampunan. Allahuakbar.

Monday, October 1, 2012

tidak perlu tunggu..

Tidak ada sebab mengapa saya perlu menunggu. Tidak ada yang tahu sama ada saya menunggu atau di tunggu. Sudah masuk 1 Oktober 2012. Kalau dah tercicir maka tercicirlah dalam hal segala-galanya. Mungkin saya salah tanggap. Tidak tercicir pun. Mungkin telah terhukum,  kita mula beramai-ramai,  tetapi yang masih bersama-sama tidak kedengaran dan tidak ternampak. Adakah itu kehidupan atau itukah kejadian ciptaan Allah Subhanawataala? Allah Yang Maha Besar lagi Menguasai Sega-galaNya. Allahuakbar.