Tuesday, October 16, 2012

Seru..

HEMBUSAN YANG BERBEZA
Rambut sama hitam, tetapi seruan lain-lain. Itulah ungkapan yang dapat menyimpulkan rezeki seseorang dengan yang lain yang tercipta di dunia ini. Ada yang menggunakan kebolehan tangan dalam menentukan rezekinya. Lantas rezekinya berbeza kerana kebolehan tangan nya sudah dahulu menyeru nya melakukan sesuatu di mana tangannya memainkan peranan utama dalam menentukan rezekinya. Dan dia redha. Adakah itu merupakan satu ketentuan Allah? 

Dalam nafas yang sama, bila terlihat assignment pelajar, bolehkah disimpulkan bahawa qualiti assignment di kaitkan dengan seruan yang disebut tadi? Ada pelajar yang ambil berat pasal assignment. Ambil berat sudah cukup menggambarkan keseriusan mereka terhadap tugasan tersebut. Tetapi mengapa tidak begitu jika dibandingkan dengan pelajar lelaki? Adakah ini ada kaitan dengan perempuan di cipta berlainan dan berbeza seruan berbanding lelaki? Jawapan kepada persoalan tersebut di rasakan jelas. Tetapi mengapa ianya merupakan satu permasalahan kepada institusi yang berusaha mendidik pelajar pelajar ini? Allah is Great. Allahuakbar.

No comments: