Saturday, October 6, 2012

Asas nya 1...

Itu sebabnya kita mudah menjadi mangsa. Segala dan semua keperluan, asasnya atau sebab mulanya adalah satu pada satu masa yang agak panjang. Tetapi oleh kerana pemikiran dipenuhi dengan pemikiran yang tak tentu arah, maka berlakulah penipuan dan pembohongan terhadap diri sendiri atau secara tidak sedar kepada orang lain. Lantas dengan mudahnya kita akan menjadi mangsa. Ada banyak istilah boleh dikaitkan dengan perkataan mangsa ini. Kita mulakan dengan istilah mangsa dahulu dan kemudian bergerak ke istilah yang membawa makna dan pengertian yang sama atau hampir sama. Faham kah saudara jika saya mengatakan bahawa apa yang terbeli kerana dia yang membeli itu adalah merupakan mangsa anak peperangan? 

Dalam nada yang agak sama, begitu juga dengan mangsa penceraian ibu bapa, mangsa kemiskinan, mangsa tsunami, mangsa budaya, mangsa sosial, mangsa ekonomi. Maka berlakulah gila bayang, gila talak, ada yang menjadi pandir, ada yang taksub, ada yang setia membabi buta kerana berada dalam keadaan atau suasana tertentu. Oleh kerana umur saya begini maka tindakan saya ada lah keras dan kasar kerana tanduk saya keras dan kasar. Tetapi perlukah saya bersikap demikian? Tidak hairanlah ada orang yang berhati lembut dan sopan kerana dia ada lah mangsa zaman yang berteknologi tinggi yang tidak mementingkan lagi aspek budaya dan sosial persekitaran. Mereka bertindak dengan tidak menggunakan tanduk seperti saya. Mereka sudah jauh dari asas kepada segala-galanya. Asasnya kepada segala-galanya adalah satu. Ramai sudah jauh tersesat tidak pandai atau sudah lupa jalan pulang. Allah Yang Maha Besar Allah Yang Maha Berkuasa. Pohonlah keampunan. Pohonlah supaya kita berjumpa dengan jalan yang lurus. Allahuakbar.

No comments: