Thursday, October 18, 2012

Allah Yang Mengatasi Segala-Galanya...

Dan Allah memilih Nabi Muhammad S.A.W.sebagai perantaraan bagi kita manusia memahami kehidupan dan kematian. Juga menolong kita memahami kematian  dengan neraka dan syorganya.  Manusia selepas Nabi Muhammad menampakkan ketidaksempurnaan yang amat ketara. Kita dikongkong dengan perbuatan, perkataan, dan sistem kehidupan yang membelakangkan silaturrahim sesama umat yang dicipta oleh Allah Yang Maha Berkuasa Ke atas Segala-Galanya. Perbalahan antara kelompok manusia adalah merupakan tema kehidupan hari ini. Kita telah meletakkan sesuatu dan seseorang di tempat yang boleh dipertikaikan. Riak, takabur, sombong, angkoh, adalah ragam manusia di mana mana. Di tanya adakah kita tersampai maksud Al-Quran dan Sunnah Nabi dalam pengertian sebenar dan yang sepatut difahami? Ya Allah, hamba Mu ini memohon keampunan. Allahuakbar.

No comments: