
Satu misalan yang mungkin sangat tidak terpencil sifatnya dan ceritanya adalah begini. Ada yang memahami akan keperluan wang kalau hendak menyewa sebuah bilik atau sebuah rumah. Tetapi ingat ke dia dengan hutang yang perlu di bayar yang digunakan untuk menampong perbelanjaan tersebut? Jika dia kena musibah di kemudian hari adakah dia faham bahawa musibah itu adalah disebakan hutang yang dia lupa membayarnya? Satu contoh yang dirasai tidak sukar diingati dan di fahami.
Contoh yang lain adalah bersabit dengan kegagalan sebuah syarikat kerana gagal memahami soal pelaburan dan juga soal pengurusan. Bila gagal, ada yang menyalahkan persoalan pelaburan. Tidak kurang juga yang menyalahkan permasalahan pengurusan. Bila saya memberi kuliah pemasaran, dimensi mana yang saya memberi penekanan? Sudah tentu persoalan pengurusan yang menjadi paksi kepada kefahaman tersebut. Lantas kiranya persoalan pelaburan yang memenuhi otak si pendengar, sudah pasti tidak berlaku kefahaman di kuliah tersebut.
Dua contoh yang telah di paparkan mengundang ilmu yang berlainan. Tetapi dua contoh tadi membawa kita kepada soal seru atau kesedaran yang mendalam terhadap apa dan mengapa satu benda itu danggap mudah dan mengapa bagi orang tertentu ianya dianggap remeh dan sangat mudah dilupai.
Seruan beragama dan mengingati Allah adalah satu satu ramuan bagi menangani permasalahan dan persoalan ingat dan memahami ini. Ramai yang hanya mendengar dan menerima seruan dari diri sendiri sahaja tanpa memikirkan masyarakat dan kejadian keseluruhannya. Dengan lain perkataan, kefahaman dan ingatannya tidak diresap oleh roh agama.
Saya memohon keampunan dari Allah Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Berkuasa ke atas Segala-Galanya. Hanya kepada Allah kita memohon pengertian, kefahaman yang sebenarnya. Allahuakbar.
No comments:
Post a Comment