Sunday, October 18, 2009

Jet peribadi selebriti..



Lakonan mereka memenuhi keperluan penonton seluruh dunia. Ini bererti setiap kita menyumbang kepada kekayaan mereka. Dengan infrastruktur ekonomi dan lain-lain yang sudah terbina dengan rapinya di Amerika, industri hiburan dan perfileman mereka juga telah berjaya menguasai pasaran seluruh dunia. Lantas termiliklah jet peribadi seperti paparan gambar John Travolta dan artis artis lain yang mana cerita mereka dimuatkan dalam surat khabar perdana kita Utusan Malaysia. Mungkin tidak adil jika kita membandingkan kekayaan mereka dengan selebriti kita di Malaysia. Infrastruktur pemasaran dan ekonomi kita masih lagi daif dan tambahan pula lakonan artis kita tidak berjaya menembusi pasaran walaupun di tenggara asia. Malang sekali atau sememangnya dah begitu lakaran hidup yang terdapat di Asia Tenggara ini termasuk di Malaysia. Indonesia memiliki penduduk seramai 237 juta sama ramainya dengan Amerika Syarikat (308 juta) tetapi juga mundur dan terkebelakang. Kerana apa? Kerana kita masih lagi tidak bersatu dalam banyak hal. Kita suka berkelahi atas perkara remeh dan kecil. Sedikit sekali terdapat aura antarabangsa pada pemimpin dan kepemimpinan di kalangan kita. Dalam banyak hal kemegahan yang dirasa hanya untuk hari ini dan untuk kelompok kecil dan diri kita sendiri sahaja. Lantas kita hanya berlegar dan berlumba dalam wadah yang kecil itu (fizikal dan mental). Boleh berjaya ke kita? Saya yakin dan percaya, jika aura antarabangsa dapat melekat kepada pemikiran kita, dalam masa yang terdekat Malaysia juga akan bebas dari kekepungan rendah diri ini dan dapat melangkah keluar menembusi pasaran dunia yang sangat berpotensi dan terbuka luas itu. InsyaAllah.

No comments: