Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Saturday, October 17, 2009
Khairy's `siege mentality'...
Ketua Pemuda UMNO, Khairy, sangat cenderung menggunakan istilah-istilah yang `extreme' sifatnya. Dalam ucapannya diperwakilan UMNO, beliau menggunakan perkataan`siege' yang membawa pengertian bahawa kita berada dalam keadaan kekepungan. Dan beliau juga telah membuka `bilik perang' dalam menghadapi pilihanraya yang ke-13. Perang? Siapa sebenarnya `under siege' di sini? Setiap orang di dunia ini sedikit sebanyak dalam pengaruh sesuatu dan ini termasuk saya. Tetapi kita mesti ingat kita dijadikan untuk berfikir. Dan peranan fikir adalah membebaskan kita dari fikiran jumud atau yang beku. Lumrah manusia dalam keadaan `siege' adalah perkembangan biasa. UMNO dahulunya adalah keadaan terkepung dengan mentaliti yang tidak menentu termasuklah dilabel sebagai sebuah parti elit dan berbangsawan. Betul ke? Dato' Seri Najib sedar akan hal ini. Maka berlakunya pemindaan perlembagaan UMNO yang dianggap drastik ini dengan harapan mempercepatkan kita bebas dari `siege mentality' yang akan membantut perkembangan otak kita. Antaranya amalan bodek, kipas, dan sikap bermuka muka. Diharapkan lepas ini, kita hanya memikirkan peningkatan ekonomi negara dan dengan tersendirinya kita sebagai individu akan turut maju. Biarlah hal politik ditentukan oleh mereka yang benar benar ada ketokohan di situ. InsyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment