Friday, October 16, 2009

UMNO selepas keterbukaan...


Saya merasakan selepas ini UMNO akan menjadi parti yang kuat dan menjadi ikutan pula kepada parti komponen BN dan juga parti pakatan dalam usaha menentukan kepemimpinan mereka. Selama ini pengurusan parti politik di Malaysia sangat tertutup, sombong, dan kegersangan. Tak kiralah parti mana DAP, MIC, MCA, UMNO, PKR, PPP, dan juga PAS kesemuanya takut membuka cara mereka memilih pemimpin. Tapi hari ini UMNO telah melakukan sesuatu yang dianggap drastik dan boleh menjadi ikutan pula. Kata orang putih `it heals a lot of pain among party members and party leaders. But at the same time the rotten ones would soon be kicked out from their positions way down to the division and branch levels. 146,000 members are being given the right to vote their leaders. Law of large numbers never lie and manipulation become impossible.' Hari ini dalam menjalankan tugas harian, saya sendiri merasakan keterbukaan kepada semua perkara. Itulah kesan awalnya. Dan tidak lama lagi kita akan dapat menyaksikan perubahan bukan sahaja kepada soal politik tetapi juga kepada soal budaya, sosial dan pentadbiran negara. There is a saying which says, good thought would lead to good life and good feeling.

No comments: