Fikrah itu fikir, fikir untuk semua orang. Fitrah itu menyerah, menyerah kepada nafsu sendiri. Kedua dua perkara itu dah menjadi berlawanan pula. Tidak. Kita bermula dengan fitrah. Tapi proses perbuatan, keputusan dan dimensi kehidupan yang lain adalah didasarkan kepada usaha fikrah. Kalau tidak manusia tidak dapat hidup beramai dengan amannya. Tanpa fikir dan belajar dua insan akan melakukan persetubuhan maka keluarlah anak ke dunia ini. Melakukan persetubuhan adalah fitrah. Kita tidak dapat lari dan terpaksa menyerah kepada nafsu. Tapi perkahwinan merupakan dimensi fikrah. Membesarkan anak tersebut dengan pendidikan yang baik dan menjadi dia seorang manusia yang boleh menolong orang lain pula adalah persoalan fikrah. Justeru kalau kita asyik dengan fitrah semata mata tak jadi jugak. Kita kena belajar supaya pendidikan yang akan diberi kepada anak merupakan pengetahuan yang telah terbukti jayanya.
Dalam pemasaran pula, fitrah itu adalah `needs' dan fikrah itu adalah `wants.' Dengan mengenal sistem ecologi sesuatu tempat, maka terkeluarlah barang-barang dan perkhidmatan yang bersesuaian dengan penduduk setempat. Jadi betullah kata orang orang tua, ikut hati mati, ikut rasa binasa, dan ikut nafsu lesu. Fitrah dengan dibendung oleh fikrah maka terselamat umat dari malapetaka yang menimpa.
Nabi Ibrahim berkorban kerana Allah yang Maha Besar lagi Mengetahui. Fitrah manusia tidak akan menyembelih anak tetapi dengan fikrah maka Nabi Ibrahim menurut Perintah Allah Subahanawataala. Kerana apa? Kerana nilai berkorban untuk orang lain adalah nilai yang dapat membahagiakan ummah keseluruhannya. Fkirah memerlukan disiplin yang amat tinggi. Dan hasilnya membahagiakan semua.
Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha.

1 comment:
salam aidiadha gak wat prof...semoga segala pengorbanan kita mendapat keberkatan dr ALLAH S.W.T....
Post a Comment