Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Monday, November 2, 2009
Mengapa saya tidak begitu...
Saya sebenarnya takut akan kenyataan yang sedemikian rupa. Ianya membuat saya berperasaan sebagai sebatang kara di kehidupan ini. Mengapa? Kerana saya tidak ada kawan yang boleh berbicara. Tidak ada manusia lain seperti saya. Agaknya kita sememangnya dijadikan begitu. Tidak ada sesiapa yang menyerupai kita dalam banyak hal. Contohnya, saya sangat memiliki hati yang lembut dalam melihat alam luaran dan mencetuskan ayat demi ayat dalam menceritakan apa yang dilihat itu. Saya tidak akan berhenti menulis melainkan saya akan memberhentikannya. Adakah anda begitu? Tentu tidak. Semua orang dijadikan berbeza. Ada yang memandang keras terhadap apa yang dilihatnya. Ada yang keras diluar dan keras di dalam. Ada yang senang hati berkata kata tetapi mulut payah berbicara. Mengapa saya tidak begitu? Tulisan saya seterusnya akan menyingkap dan akan cuba menjangkau jauh ke alam (luar dan dalam) yang penuh dengan misteri ini.. Boleh tak? Mengapa tidak. Ini kerana semua orang tidak begitu. Kan seronok kalau kita menulis akan perkara yang mana kita tahu tetapi orang lain tidak. Dengan harapan dalam mengupas hal luar dan dalam ini saya akan dapat jawapan kepada soalan, mengapa saya tidak begitu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment