Merasakan satu kekuasaan bila dilakukan atau berlaku di luar kebiasaan. Hendak berada di puncak yang tidak dapat dirasa. Di rasakan semuanya dengan putus dan putus putusnya. Buat seketika tidak siapa yang peduli. Hanya sekadar merasa melalui firasat sahaja. Levelnya tidak mudah difahami. Tidak terputus. Dekatnya antara jarak waktu watu solat. Tetapi mengapa keadaan begini berlaku?
Aku menulis tetapi tidak berhajat kepada pembaca. Mereka berada di peringkat kefahaman yang berbeza. Mereka tidak ternampak - jauh sekali dapat dirasa.
Firasat juga menguasai dunia fizikal yang menakutkan mereka yang mempunyai hati yang lemah. Ada kepala tetapi tidak berkaki. Ada hari ini tanpa hari esok dan hari hari berikutnya. Ada manusia tetapi tiada ikatan. Hidup tetapi sudah mati. Sudah biasa dengan keadaan lama terbuang, tersisih, terpinggir.
Impak dirasai melalui firasat hati dan jauh sekali dari kebiasaan kajian dan menyelidik yang memerlukan masa dan terms of references yang perlu ditapis. Hanya kepada gerak hati dan tidak kepada gerak kaki dan gerak anggota lain. Hendak mencari tetapi tidak tahu apa nak dijumpa. Atau berjumpa tanpa mencari. Sudah faham tanpa usaha hendak memahaminya. Bangun dari tidor tanpa digerak. Mereka bermotivasi dan hendak aku menjadi mangsa kepada apa yang hendak disampaikan.
Adakah ini dikatakan berlakunya sesesuatu di luar kebiasaan? Ya Allah. Berilah hamba Mu ini keampunan. Dirasakan segala kekuasaan adalah pada Mu Ya Allah. Tidak ada di luar kebiasaan. Kun Fayakun. Allahuakbar.
No comments:
Post a Comment