Hari ini memanglah patut saya menitiskan air mata. Setiap detik masa berlalu, saya telah diberitahu bahawa di kalangan kita, hanya sedikit yang memiliki hati yang baik. Prasangka baik itu sememangnya sifat yang patut dipuji. Tetapi ianya hendaklah juga diletakkan dalam konteks ilmiah dan pengetahuan. Ini akan membuat kita bertindak lebih bijak, bertindak betul dan tepat bila berdepan dengan keadaan, masa, dan betul dengan orang yang kita sedang berdepan dan berurus.
Sudah jelas mereka telah mempamerkan kelakuan yang tidak sejajar dengan apa yang hendak mereka kejarkan. Dalam banyak hal dan perkara, sangat jelas mereka mempamerkan hati yang dikategorikan sebagai hati yang penuh dengan syak yang tidak baik pada orang lain. Mungkin mereka dalam proses pemutihan. Mereka tidak menyedarinya. Lantas sifat kepuraan sangat terserlah dan lumrah dalam tindak tanduk mereka.
Apa, dengan apa yang dipamerkan dengan jelas, saya masih lagi terus hendak memiliki hati yang baik? Hanya kepada Mu ya Allah saya memohon pertolongan dalam mengharungi sifat sifat yang tidak baik ini. Segala-galanya dalam Kententuan dan Ketetapan Mu Ya Allah. Allahuakbar.
No comments:
Post a Comment