Firasat yang tidak menyesatkan. Di rasakan saya berhubung dengan hal hal dunia dengan standard atau kebiasaan yang ditentu dan ditetapkan.Tetapi dalam diam saya berhubung dalam konteks firasat. Ini menyebabkan saya tidak mudah ditenggelami oleh ketakutan dan kekuatan dunia yang menyesatkan dan memungkinkan akan melakukan perkara yang bukan bukan. Saya menyedari bahawa apa saya lakukan tidak merupakan kebiasaan dunia dan oleh kerana ianya terletak dalam kefirasatan tadi, maka tidaklah saya melompat dan memarahi keadaan tersebut. Ini kerana keadaan itu telah difirasatkan terlebih dahulu. Apa lagi jika ianya telah berlaku dan ulasannya adalah firasat tadi. Lantas apa nak di marahi?
Biasanya ada yang berjaya telah mendabek dada akan kekuatannya. Tetapi mereka lupa, dalam konteks Ciptaan Allah, haiwan pun ciptaan Allah. Contoh, ada yang mendabek dada kerana menjadi orang terkuat didunia dalam lari seratus meter, tetapi melupai Allah telah mencipta haiwan yang lebih pantas berlari berbanding manusia. Tidak biasa jika saya mengatakan bahawa cakap siang pandang pandanglah dan dengar dengarlah ciptaan lain yang masih lagi memiliki kekuatan melebihi apa yang kita ada. Jangan menyempitkan pemikiran. Jangan membuat perbandingan yang menghakis kemurnian kita sebagai hamba Allah.
Sesetengah perisitiwa seakan akan saya telah dibuang jauh dari kebiasaan. Atau saya merasai bahawa saya telah melanggar etika kebiasaan dunia tetapi tidak dalam konteks kesalahan besar yang boleh menggangu. Tetapi saya berfirasat bahawa di sebelah sana telah berlaku gangguan teramat sangat.
Terganggu di sini membawa erti bukan terganggu kerana di dasari oleh kebiasaan manusia, tetapi di dasari oleh Allah Yang Maha Mengetahui akan apa yang diperlu dilakukan oleh CiptaanNya. Allahuakbar.
No comments:
Post a Comment