Selagi kita bernyawa selagi itulah kita akan mendengar dan membaca berita dan cerita. Adakala kita sendiri terbuat cerita. Cerita kita sendiri tidak ada orang lain suka mendengarnya melainkan ahli keluarga yang terdekat. Kategori cerita dan berita sangat menakutkan kerana besar kemungkinan yang penting jadi tak penting dan yang tak penting jadi penting pulak. Contohnya, siapa nak tahu hari ini bermulanya cuti semester pelajar UiTM dan berlumba lumba nak sampai ke rumah bertemu emak bapak selepas selesainya peperiksaan akhir. Kalau cuti sekolah bermula maka hari esoknya cerita itu dimuatkan dimuka depan suratkhabar harian perdana. Tetapi tidak begitu dengan cuti semester pelajar pelajar IPTA. Mana lebih penting, sekolah ke atau IPTA? Apa cuti pelajar IPTA hanya sekadar cerita dan bukan berita? Entahlah..
Nak tahu mengapa?
Tanyalah Pelajar Mass Com dan Pensyarah Marketing
Dan kepada pelajar saya ucapkan selamat bercuti. Kepada bekas pelajar pula apa nak ucapkan ye? Selamat Maju Jaya...Hidup ni kenalah selalu buat baik dan sentiasa diiringi dengan senyum menyenyum...
No comments:
Post a Comment