Thursday, May 20, 2010

tertanam dalam..

Hidup ini, kalau kita silap tertanam nilai akan menyusahkan ramai orang. Tidak terkecuali diri saya ini. Kalau diikutkan saya hendak buat ini dan buat itu. Tetapi rupa rupanya ada benda kita cakap dan fikir sahaja tetapi tidak boleh pada perbuatan. Ini kerana nilai nilai tertentu telah tertanam dalam yang menyebabkan dirasakan tidak kenanya jika dibuat juga. Banyak pihak yang merana jika dibuat juga.

Berfikiran bebas memanglah merupakan satu rukun kepada yang mampu. Tetapi adakah perkara yang difikirkan itu wajib dilakukan juga mengikut pemikiran yang bebas itu? Lantas berfikiran bebas adalah rukun dan ianya bukan perkara wajib. Wajib kita berbuat baik. Adakah menulis ini tertaluk kepada yang wajib atau yang rukun?

Ada orang menulis yang boleh menyinggung hati orang lain. Bila sesuatu yang ditulis telah menyinggung, maka dengan tersendirinya tulisannya itu menjadi perkara yang tidak baik. Dia menulis mengikut pemikiran bebasnya. Di sini pengertian rukun dan wajib telah bercantum. Dan memudahkan pemberian penjelasan kepada sesuatu. Perkara rukun lebih kepada menjaga perpaduan ummah. Perkara wajib pula lebih kepada menjaga perpaduan hati sendiri. Dan hati ini adalah juga tempat yang mana nilai nilai tertentu sudah tertanam dalam. Sejak kecil lagi diri itu telah diasuh dengan nilai tersebut. Mengapa saya tidak melakukannya? Kerana nilai tersebut sudah tertanam dalam..

No comments: