Friday, May 28, 2010

Selisih...

Hari hari kita berselisih dengan seseorang. Banyak sangat cerita tentang berselisih ini. Adakah patut kita memberi fokus kepada setiap orang yang kita selisih? Sebenarnya pengertian fokus tidaklah bererti kena fikir jauh-jauh. Banyak yang terkena kerana gagal memberi sepenuh perhatian kepada soal selisih ini. Banyak aktiviti jenanyah berlaku kerana tidak memberi tumpuan kepada siapa sebenar orang yang diselisih. Dan banyak juga rezeki yang terbuang kerana tidak pandai membuat analisa kepada soal selisih dan berselisih ini. Apa yang kerap berlaku adalah apa yang boleh kita katakan sebagai hanya sekadar berselisih. `Takda apa apa.'

Kalau menurut hukum Allah, berselisih tidaklah merupakan perkara tak sengaja atau incidental. Tetapi ramai yang tidak tahu rahsia yang ada pada selisih ini. Oleh itu jika anda berselisih dengan seseorang, jengok jengoklah rahsia kepada `berselisihan' dengan dia pada masa dan ketika itu.

Nota: Ramai pelajar mengalami keadaan `tension' apabila berselisih dengan pensyarah. Tidak pandai memanfaatkanya. Lantas berlakulah situasi pensyarah tidak mengenali pelajar. Orang politik pula akan hilang undi jika tidak pandai mengayakan diri bila berselisih dengan seseorang yang tidak dikenali. So take every opportunity on `risk' that are being presented to you. Who knows that opportunity is the only gateway to being rich and famous. Is that not everybody wants?

No comments: