Mereka yang terganggu dan diganggu. Dan mereka mengucapkan syukur kepada Allah kerana melimpahkan kurniaan kepadanya rezeki dalam pelbagai bentuk, rupa, dan juga perasaan akal dan fikiran. Tetapi masih lagi ada yang merasakan diri mereka terganggu walaupun diberi limpahan rezeki walaupun sudah seberapa berbanding dengan orang lain. Lantas mereka tidak bersatu dalam perkara basic atau dalam perkara asas dalam kehidupan. Nilai kejiranan dan ziarah diketepikan. Nilai bertegur sapa sesama ahli keluarga, kawan lama juga dipandang tidak penting. Malah terdapat bekas pelajar yang sudah mendabik dada kesombongan kerana kejayaan harta dunia yang tidak seberapa dan telah melupai tempat dan siapa mengajar mereka.
Dan yang paling menyayat ada yang telah melupai ibu bapa mereka. Mereka ini semua `bersatu'. Tetapi bersatu di atas perkara yang selama ini dirasakan merupakan gangguan yang tidak bertempat. Ada yang `bersatu teguh' kerana kemewahan harta dunia. Ada `keteguhan' kerana aspek aspek sosial, juga politik, dan tidak kurang juga kerana `budaya songsang' sesuatu dan ianya pula merupakan raja segala pengaruh dalam tindak tanduknya. Sedikit sebanyak saya juga tidak terkecuali dari gangguan gangguan tersebut. Kepada Allah saya memohon keampunan dan perjalanan yang penuh dengan kerberkatan.
No comments:
Post a Comment