Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Sunday, August 22, 2010
PLC..bila di puncak...
PLC, ringkasan `Product Life Cycle' dalam inggerisnya, dan melayunya `Kitaran Hayat Barangan'. Sejak berjumpa dengan PLC ini banyak olahan cerita dan pandangan telah di reka cipta mengikut keadaan masa dan selera. Bulan puasa bulan yang baik ini terilham untuk mengupasnya di sudut perangai dan tabiat manusia secara am.
Asalnya PLC ini adalah untuk mengenal perjalanan barangan dan perkhidmatan yang didapati di pasaran. Tidak salah kalau dipadankan dengan perjalanan hayat seseorang manusia itu.Bermula dengan zaman budak budak dan baru mengenal dunia, seterusmya menempuh alam remaja, alam dewasa dan berkeluarga, melalui liku-liku hidup pahit derita dan gembira, dan akhirnya masuk ke alam penurunan upaya dengan meningkatnya usia dan seterusnya berakhirnya kehidupan di muka bumi ini menuju alam barzah alam yang kekal.
Persoalannya apakah yang kita lakukan bila berada di puncak kehidupan? Tak kiralah miskin atau kaya, berstatus tinggi atau rendah. Pokoknya kalau niat itu betul maka betullah perjalanan tersebut. Malangnya dengan bertebarannya manusia di seluruh muka bumi, bererti juga bertebaran niat yang beranika rupa dan ragam. Justeru terjadilah seribu seratus macam kehidupan manusia di muka bumi ini. Tak kiralah sama ada ianya negara atau seseorang individu tidak terkecuali dari dugaan kitaran hayat ini. Justeru itu dengan masa yang terhad, apa sebenarnya yang telah dilakukan oleh seseorang itu bila berada di puncak...?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment