Monday, August 16, 2010

merangkak keluar cerita semalam..


Ternampak gambar lama dan gambar itu adalah gambar ketika belajar di Wisconsin Amerika Syarikat. Aneh. Gambar di musim sejuk itu berkata seribu keadaan mental dan fizikal. Keghairahan dalam banyak perkara terasa dan terbayang kembali. Cinta dan kasih terhadap ilmu tercetus menyebabkan masa berlalu begitu pantas. Teringat kawan kawan, teringat akan hidup yang lurus dan ada yang membelit, sendirian jauh dari keluarga. Semua itu lintasan datang kembali tapi menghiburkan. Itu juga hanya kenangan yang tidak boleh berpatah balik. So are those with whom I have encountered when I was there. I played my role and so are they. Where are they now?

No comments: