Thursday, August 5, 2010

keluarga..


Saya mengajar `marketing.' Adakala saya terasakan masyarakat di Malaysia tidak berlaku adil terhadap unsur kekeluargaan dalam hal banyak benda. Kita banyak bercakap pasal hal hal kekeluargaan. Tapi di peringkat bidang ilmu dan profesion, kita tidak memaparkannya sebagaimana sepatutnya. Gambar yang di paparkan lebih merupakan kejayaan individu dan tidak menampakkan peranan keluarga dalam menentukan kejayaan seseorang itu. Begitu juga dalam percakapan dan perbuatan.


Pemasaran merupakan bidang yang merangkum soal keluarga sehingga ke peringkat bawah dan apa jua. Itu adalah persepsi kebanyakan masyarakat barat. Kehidupan seseorang tidak sempurna jika kita membelakangkan ahli ahli dalam keluarga. Soal jual beli banyak menggambarkan kekeluargaan jika barang atau perkhidmatan itu hendak dilihat mesra dalam erti kata yang sebenarnya. Iklan dan promosi banyak berteraskan kekeluargaan. Adakah itu satu gimik?Tetapi apa yang sering tercetus di sini adalah hanya soal kemiskinan lazimnya dikaitkan dengan keluarga. Mengapa tidak dikaitkan dengan kekayaan sesorang? Ada, tapi lazimnya hanya individu tersebut yang ditonjolkan.


Baru baru ini kita dikejutkan dengan kisah pembunuhan di dalam kereta yang dikategorikan sebagai kes bunuh dan bunuh diri. Yang seorang ialah lelaki berumur 64 tahun dan seorang lagi seorang perempuan berusia 43 tahun. Terkilan juga rasanya kerana hanya selepas peristiwa begini sesorang itu dilihat dari sudut keluarga. Adakah kita berlaku adil?

No comments: