Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Sunday, September 30, 2012
It spins..
I shall no longer see the things i used to see before. I shall no longer feel the things i have felt. The spinning of everything from one level to another is not unusual. It changes from one form to another. Face changed. Thoughts changed. Sounds changed. Night into daylight. Entirely a different light that can give a new positive feeling. But i am still here. Roaring into the brain and try to shape a new mental set creating a mind terrain that is stronger, better, grateful for the life given. Allahuakbar.
Saturday, September 29, 2012
hard and serious..
Giving or Taking? Everybody at the receiving end is enjoying Najib's generosity.. |
Friday, September 28, 2012
...........
Mistakes and the word experience gives a wrong connotation to wishes and dishes. It lashes and splashes. And I am no exception. It is no mistake I wrote all these. I just have to write it. Is it just for an experience? It is the worst mistake of me to say that. Minute to minute and by seconds I am at different things. It is no joke. It is no coincidence I do what I did. My mistakes? No. Never a mistake but an actual movement that moves towards aging. And it is for real. It is for a quick touch, a quick feel, and definitely a quick go. But one day it has to stop. It is real. Allahuakbar..
Thursday, September 27, 2012
from outside..an observer..
As an outsider, this is what I have to say on student's performance, standard, and quality. Despite being generous and kind, there are times I have to be straight forward on comments on others especially on students I have no relationship but just work. Being a worker, being a lecturer, also does not guarantee I would be fair in saying the truth on things they have done.
I am quite sincere and honest when I told them about doing an individual assignment. Along the way and anything that strikes you, just express it in the form of an individual assignment. But the message has wrongly hit them. I can sense gaps, a big one, when things turn out to be just sheer conveniences and that explain the differences in everybody Allahuakbar.
I am quite sincere and honest when I told them about doing an individual assignment. Along the way and anything that strikes you, just express it in the form of an individual assignment. But the message has wrongly hit them. I can sense gaps, a big one, when things turn out to be just sheer conveniences and that explain the differences in everybody Allahuakbar.
Wednesday, September 26, 2012
Shredded memory
The moment we are in it, into it, the shredded pieces are in one piece again. All of a sudden everything is in focus. We can see it. We can hear it. And we can be tough on it. Or just we can forget about it. That explains the powerful nature of one's brain and mind. In pieces we can foget and forgive, but in one, we should be grateful for making things the way it should appear to be. That one piece of memory explains the powerful. Allah is Great. Allahuakbar.
Tuesday, September 25, 2012
berlakunya gelombang manusia...
senang mengurus jika kecil hajatnya.. |
besar hajatnya, maka besarlah disiplinnya. Jika tidak gelombang besar akan berlaku |
Monday, September 24, 2012
bila berada di sempadan...
No wonder, for those who lives within borders of both sides of a country would experience an uneasy life always in fear of being tossed out from their place for good. That goes with one's age when you are on the verge of being kicked out from the comfort zone. I am writing this just for a thought considering many gets jittery when something is not right. Symbolically, one way or another, feel that time is no longer with them anymore and uneasy feeling can get out of control. So be ready for that day and now start doing the packing. Hanya Allah Sahaja Yang Mengetahui dan Segala Ketentuan Mengikut AturanNya adalah dari Allah. Allahuakbar.
Sunday, September 23, 2012
Could it be the time..?
I don't have to make a ruffle on my entry and so is on my exit anymore. It contributes to the serenity of my life. I don't have to shout to the world in order to drive home a point or a message. I have had enough of life and of me especially of culture and social entry and exit and not to mention the work I do and the place I go everyday. Memohon taufik, hidayah, dan keampunan dari Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Allahuakbar.
Saturday, September 22, 2012
mesra...
Kemesraan pun ada batasnya.. |
Friday, September 21, 2012
tidak bertindih...
Malam tidak akan bertindih dengan siang.Tidak ada pertindihan dalam segala-galanya. Itulah Kekuasaan Allah. Tidak ada pertindihan antara tahun. Tidak ada pertindihan antara umur dengan umur yang berbeza dan berlainan. Inilah nikmat yang dirasai pada setiap masa dan waktu. Tetapi agak malang bagi manusia, umumnya akan menggunakan pertindihan sebagai satu kuasa yang menggerun dan menakutkan. Bila duit bertindih bertindih, maka timbulkan perlakuan yang menampakkkan tamak dan haloba. Ugut mengugut adalah lumrah kerana berlakunya pertindihan kuasa dan harta. Mereka terasing dan mengasing. Tetapi Allah Yang Maha Berkuasa yang mengerakkan malam dan siang tanpa satu ruang yang menampakkkan pertindihan sudah cukup difahami oleh umat yang ingin mendekati dengan Allah. Allah Yang Maha Mengetahui yang menjadikan manusia dari sekecil air mani hinggalah besar dengan anggota badan yang berfungsi tanpa pertindihan. Allahuakbar.
Thursday, September 20, 2012
Mantan Ketua Polis Negara di UiTM Kampus Jengka..
Allah is Great and Perfections is in Allah.Yesterday I have the opportunity to hear from the man himself, Tan Sri Musa Hassan former IGP Malaysia of events and issues that has put Malaysia in a hot spot. Allah Yang Maha Mengetahui. Allahuakbar.
Tan Sri Musa tries to drive home a sensitive point.. |
We must be firm...issues on terrorism, elections, social problems of youths.. |
and now leading a new life, minus his police uniform |
Wednesday, September 19, 2012
Individually..
It strikes me as rock bottom thought that could determine one's happiness versus one's rock bottom feel of loneliness and isolation. One can just become a victim of oneself that is devoid of good thoughts and good behavior. Individually, all elements that make up the earth and the universe are intact in its individuality. It is in the name of universal goodness. Thus the regaining of strength everywhere. But human beings, by and large, are individualistic that could only lead to destruction of the bond that makes up the society. Individually - is it for good, bad, or evil? Allahuakbar. Hamba mu memohon petunjuk dan hidayat. Allahuakbar.
Tuesday, September 18, 2012
Berdiri atau berjalan...
Mungkin sesenang itu panduan hidup kita. Lazimnya kita tidak dikejutkan dengan nasihat sama ada kita patut berjalan atau berlari. Maka kesuluruhan aktiviti masyarakat itu berpaksi, berteras, dan beretikakan kepada berjalan jika nasihat yang diberi adalah kita patut berjalan dari berlari. Begitulah sebaliknya. Tetapi demi panggilan perubahan, berjalan tidak lagi diutamakan kerana didapati mereka yang berlari akan menikmati hidup yang lebih baik dari yang berjalan. Tetapi budaya berjalan sudah tertanam sekian lama, maka persaingan untuk kekayaan di dunia tidak diutamakan. Berlakulah konflik. Yang kaya dan yang miskin. Allahuakbar. Rujuklah kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi bagi panduan yang membawa kita kepada kebaikan di dunia dan juga dan diakhirat. Allahuakabr.
Sunday, September 16, 2012
in small..the big secret...
Can never feel big. In almost everything, can never feel big and strong. Just an ordinary the ordinarily of and in everything. If it does, then it is just a plain showoff that can lead to destruction. It was and it still does. Just plain sailing on an uneven ground and on an uneven thought on an uneven day. In all, and in all, the smallness lies the big secret of creation. Don't fight the main small feeling of everything. One step at a time. Don't ramble through. Don't push through. Soon or sooner you will be there. But the feeling, would it still be small? Allah is Great. Allahuakbar.
Saturday, September 15, 2012
dalam usia yang sebegini...
Dalam usia yang begini, tatacara pergaulan dan percakapan kena dijaga dan dipelihara. Proses pulihara tidak merupakan benda yang utama lagi. Dirasakan saya berhak kepada sesuatu hidangan dan paparan yang positif. Dalam bilik kuliah contohnya, dirasakan saya berhak kepada pandangan dan pendengaran yang menampakkan terbina nya minda dan akhlak yang mulia dan suci di sisi Islam. Kalau tidak ada, usahakan supaya ianya ternampak dan terpapar. Di dalam kuliah tempoh hari, ada saya meminta biodata dari pelajar, tetapi permintaan saya tidak diendahkan. Jangan dibiarkan akhlak yang menampakkan kesombongan dan kealpaan. Isi kandungan ilmu pemasaran boleh ditunggu kerana dengan usaha sendiri juga ilmu pemasaran dapat dihayati. Hak berkuliah adalah juga hak kepada akhlak yang perlu disedari. Dalam usia yang begini tidak ada lagi cabar mencabar. Awak dengan hak awak, saya dengan hak saya. Lantas perbuatan sebegitu jelas mencabar kepada soal hak tadi. Begitu juga dengan kehadiran ke kuliah, melihat ramainya tidak hadir, maka hak saya tercabar lagi. Begitu juga soal sosial, budaya, politik dan ekonomi ada hak yang perlu dituntut dan tidak perlu lagi melutut. Sujud hanya kepada Alllah bagi memohon hidayah dan petunjuk dalam menjalani kehidupan. Allahuakbar.
Friday, September 14, 2012
A change view, a change thought..pass the baton..
I saw the usher of a routine of new life. Somehow I have to be prepared for life as an old man. Do what I have to do, do what I am capable of, to pass the time. Still lots of things to do.
My house is in front of a restaurant that caters for the morning needs of the neighborhood. The restaurant seems not to make much money, but the faces of the owner and helpers are well lit with unknown source of gratification and energy. I am pretty sure it is not only the money. Could just being able to do something for the day. If not life at home is such a bored to them. Kids, like me, are all grown up and have their life of their own far away from home in another city.
Ya Allah Ya Tuhan Ku. Bersyukur kerana pernafasan dan pemikiran yang masih aktif dan kreatif. Allahuakbar.
My house is in front of a restaurant that caters for the morning needs of the neighborhood. The restaurant seems not to make much money, but the faces of the owner and helpers are well lit with unknown source of gratification and energy. I am pretty sure it is not only the money. Could just being able to do something for the day. If not life at home is such a bored to them. Kids, like me, are all grown up and have their life of their own far away from home in another city.
Ya Allah Ya Tuhan Ku. Bersyukur kerana pernafasan dan pemikiran yang masih aktif dan kreatif. Allahuakbar.
Thursday, September 13, 2012
Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri UiTM Kampus Jengka..
Terkenang ke kampung.... |
Rektor, Dato' Dr Hj Hilmi (kanan) sedang menjamu selera dengan wakil rakyat Parlimen Kuala Krau Dato Ismail. Dato' Ismail juga memegang jawatan sebagai Pengerusi PTPTN Malaysia. |
Dr Halil Paino (kanan), KPP Perakaunan bersama Encik Zahran Koordinator MASMED. |
Perbincangan di meja bulat.. |
Adun Jengka, YB Wan Salman (kiri) memberi ucapan. Kanan ialah En Mohd Kahar Pegawai Pentadbir Bahagian Akademik UiTM Kampus Jengka. |
Wednesday, September 12, 2012
sumbang dan menyumbang...
Segala-galanya dirasakan sumbang. Tetapi ianya berlaku juga. Kenapa? Puncanya kesumbangan in disebabkan oleh apa? Mereka yang kosong atau kurang pengetahuan, ghairah melihat orang lain sebagai mangsa dan jauh sekali dari menjadi seorang pembela akan mudah terjebak dengan soal sumbang ini. Boleh didefinisikan sebagai pergaulan yang tidak kena antara orang dan seseorang itu. Jengoklah peristiwa peristiwa lepas yang boleh menceritakan hal perilaku sumbang ini.
Mereka yang sangat rendah maruah diri, sangat duniawi, memiliki nilai ugut-ugutan, malas, berharap, suka menunjuk, adalah mereka yang tergolong dari kalangan sumbang dan tidak menyumbang. Orang yang mencari mangsa supaya mereka dapat meminjam dan tidak melunaskan hutang adalah terdiri dari golongan sumbang ini. Pelajar yang hanya bergantung kepada rutin kuliah dan tidak menyumbang dengan positifnya juga tergolong dari kalangan mereka yang sumbang ini. Beribu pelajar tetapi yang berinterak dalam kata menyumbang hanya beberapa orang sahaja dalam satu dekad.
Malah soal sumbang ini boleh dikatakan terdapat disemua bangunan dan rumah, di sekolah dan bilik darjah, di atas jalanraya, di dalam kenderaan, disemua institusi, disemua negara, disemua masyarakat dan lapisan masyarakat, dalam semua bidang, ekonomi, pendidikan, politik, sosial, budaya dan lain-lain. Ianya segar dalam konteks negatif. Allah Yang Maha Pengasih. Allah Yang Maha Penyayang. Mohonlah Petunjuk dan Hidayah dalam soal soal kehidupan ini. Banyak perkara yang terlepas pandang. Lantas banyak yang terbuang. Mohonlah keampunan dari Allah Yang Maha Bekuasa. Allahuakabr.
Mereka yang sangat rendah maruah diri, sangat duniawi, memiliki nilai ugut-ugutan, malas, berharap, suka menunjuk, adalah mereka yang tergolong dari kalangan sumbang dan tidak menyumbang. Orang yang mencari mangsa supaya mereka dapat meminjam dan tidak melunaskan hutang adalah terdiri dari golongan sumbang ini. Pelajar yang hanya bergantung kepada rutin kuliah dan tidak menyumbang dengan positifnya juga tergolong dari kalangan mereka yang sumbang ini. Beribu pelajar tetapi yang berinterak dalam kata menyumbang hanya beberapa orang sahaja dalam satu dekad.
Malah soal sumbang ini boleh dikatakan terdapat disemua bangunan dan rumah, di sekolah dan bilik darjah, di atas jalanraya, di dalam kenderaan, disemua institusi, disemua negara, disemua masyarakat dan lapisan masyarakat, dalam semua bidang, ekonomi, pendidikan, politik, sosial, budaya dan lain-lain. Ianya segar dalam konteks negatif. Allah Yang Maha Pengasih. Allah Yang Maha Penyayang. Mohonlah Petunjuk dan Hidayah dalam soal soal kehidupan ini. Banyak perkara yang terlepas pandang. Lantas banyak yang terbuang. Mohonlah keampunan dari Allah Yang Maha Bekuasa. Allahuakabr.
Tuesday, September 11, 2012
mengatasi, menguasai...merenung dari puncak.
Setelah di renung, dirasakan saya telah berdaya menguasai dan mengatasi sesetengah elemen elemen negatif yang selama ini cuba meminggirkan saya dari arus rahsia ciptaan Allah yang sebenarnya. Saya dirasakan sebagai pelaku yang tidak berhak kepada cita cita, hasrat, dan harapan. Lantas persepsi negatif menguasai diri, dan beremosi dengan situasi kelompang kelompong, cholorong colereng, dan retak yang terbelah. Elemen kekosongan yang berterbangan, rupa rupanya penuh dan sarat dengan pengisian apabila ilmu menerjah tiba. Allahuakbar.
Monday, September 10, 2012
melanggar kebiasaan...
Tanpa disedari, saya sudah di tanam dengan nilai nilai hidup yang menentukan interaksi saya dengan aktiviti masyarakat sekeliling. Tulisan saya di blog yang lalu telah membuat saya menukar secara mendadak haluan dan laluan saya, fizikal dan mental. Tidak mudah. Tetapi saya mesti hidup di alam realiti dan bukan dipenuhi oleh bayang bayang kehidupan dan sedikit sekali boleh dikaitkan dengan laluan dan haluan saya kini.Buat apa dibayangi oleh benda benda yang sudah berkubur buat selama-lamanya? Lebih merasai kebebasan dan ketenangan. Tengok sahaja iklan di sekeliling. Sasarannya tidak lagi untuk saya. Allahuakbar.
Sunday, September 9, 2012
Mesyuarat Perwakilan UMNO Temerloh Yang Ke-9..Perasmian oleh KetuaMenteri Sabah..
terjunam ke tempat entah di mana...
Hanya memandang sekeliling, banyak perkara dan benda yang kita berkongsi sama. Kesamaan dan kesetaraan semuanya itu membayangkan bahawa kita telah terjunam jatuh ke satu tempat yang sangat bersempadan. Misalnya, kesukaan kepada satu pemakanan dan hiburan menampakkan kesamaan yang mana rasionalnya tidak sangat dipersoalkan. Apa yang kita tahu bahawa kita sudah memiliki sempadan dan pemikiran kita sendiri pun bersempadan. Maka tidak hairanlah perbuatan yang lumrah di kalangan ahli masyarakat setempat. Kita laungkan kemegahan sesuatu di atas dasar kesempadanan yang dianggap automatis sehinggalah ianya dimusnahkan seperti banjir besar menimpa ummah Nabi Noh. Merenungi ini semua membawa kepada satu keinsafan betapa daifnya kita dalam soal menyelongkar rahsia kejadian Allah. Mengapa tidak hanya mensyukuri kehidupan yang bernafas dihasratkan kepada sebarang perjumpaan dan pertemuan itu? Tidak ada gah dan tidak ada riak. Kita hidup bersempadankan mati dan kita akan dibangunakan dari daerah di mana kita terjunam jatuh. Adakah lagi tempat kita terjunam jatuh itu? Ada persamaan kah? Ada kesetaraan kah? Rupa rupa banyak benda dan perkara yang tidak dihayati lantas banyak benda dan perkara dilupai dalam konteks kebesaran Allah Subhanawataala. Mensyukuri kebesaran Allah dengan penentuanya adalah usaha kita mencari rahsia di sebalik satu satu pernafasan kehidupan dan seseorang itu. Allahuakbar.
Saturday, September 8, 2012
mencari keredhaan...
Saya mudah tercampak dengan pemikiran. Mudah juga terpinggir dan terbuang kerana terlalu `memikirkan' sesuatu sedangkan pada realitinya ianya tidak merupakan bahan yang bagus untuk dirisaukan dan dibincangkan. Ada bahan fikir yang sudah tidak ada dalam realiti lagi. Sangat remote, sangat jauh, dan tidak boleh menggunakan remote control lagi. Ianya hanya menampakkan duniawi yang didiami oleh dimensi alam dengan bayang-bayangnya. Sudah menjadi bayang-bayang. Sudah terkeluar dari visi dan perancangan hidup. Aspek orangnya telah terkubur. Carilah keredhaan dari apa yang belum terkubur lagi. Carilah kenyataan, kebenaran, dan keredhaan yang terkini sifat dan rohnya. Allah Yang Maha Besar. Hamba memohon taufik dan hidayah dalam menentukan tindak tanduk yang dengan sendirinya termengerti soal kehidupan duniawi sebelum ke alam akhirat. Allahuakbar.
Friday, September 7, 2012
tenggelam timbul...
Setelah sekian lama, maka terdengar kembali arahan terhadap sesuatu perkara, dan menimbulkan semula sesuatu, terkini dan yang silam. Something innocently attached smaller in the beginning but now getting bigger. Soon it would require space more than you can afford to give. It has to be termed as `thought nuisance' or in a better term as `cognitive dissonance'. Cannot afford to go by just like that but have to solve it. Di sinilah banyak kita memohon kepada Allah supaya penyelesaiannya tidak menyalahi hukum Allah. Seperti menarik rambut dalam tepung. Semoga segala gala nya adalah dalam perlindungan Allah. Allahuakbar.
Thursday, September 6, 2012
berkata kata tanpa suara..
Tetapi masih lagi saya berdegil dengan bekasan ingatan, persepsi, pengetahuan saya, walaupun terpampam jelas jawapan yang sebenar adalah sebaliknya. Mengapa? Masih lagi saya berpandangan baik terhadap seseorang walaupun jelas apa yang dilakukan sememang nya tidak. Saya hanya sekadar melalui kehidupan yang dianugerah oleh Allah Subhanawataala. Kekuatan sebenarnya adalah milik Allah. Kekuatan dan kelemahan saya adalah ketentuanMu, Ya Allah, dan menentukan perjalanan kehidupan hamba Mu ini. Semoga segala-galanya diberkati. Allahuakbar.
Wednesday, September 5, 2012
cari apa..? mengapa..?
Unsur semangat mencari dan dengan serius adalah pada segala galanya, yang bernyawa dan yang tidak. Mengapa dengan mudah di beri ruang tempat yang selesa pada paras dan wajah seseorang dan barang, juga keadaan sendiri yang terkini, tanpa pemikiran yang mendalam dibuat ke atasnya? Setiap senyuman yang terukir, yang tidak, yang nampak dan tidak adalah pada asasnya merupakan musuh dalam selimut. Kita ber sms, tetapi adakah wajah di sebalik yang menghantar sms memiliki hati yang baik atau cuba memperdayakan yang menerima sms tersebut? Ruang ilmu yang selalu di perkatakan, di manakah peranan dan sumbangannya? Mengapa tidak diberi ruang dan tempat yang selesa sebelum ruang lain mempengaruhi tindak tanduk kita? Ia sepatutnya menjadi penampan kepada apa jua yang ternampak dan yang tidak. Dalam keadaan yang begini, memohonlah kepada Allah yang Maha Mengetahui akan apa jua rahsia di sebalik segala tercipta. Mohonlah Keampunan dari Allah. Allahuakbar.
Tuesday, September 4, 2012
Nilai dan sifat..
Nilai di bina oleh institusi institusi tertentu yang mewarnai sikap seseorang. Sifat adalah merupakan pembawaan semula jadi seseorang. Sifat dan nilai selalunya di tempatkan pada tempat yang salah pada diri seseorang. Aspek sifat pada seseorang berkemungkinan di bawa oleh gene atau aspek baka (DNA) ibu bapa atau milik mutlak dia seorang secara total. Nilai pada seseorang pula juga boleh diwarnai oleh institusi ibu bapa dan penjaga, institusi keluarga terdekat, dan juga datangnya dari institusi luaran seperti institusi sekolah, pekerjaaan dan lain-lain. Persoalan besar yang selalu di bincangkan adalah peranan agama terhadap seseorang. Di sinilah terdapat banyak pendapat, pandangan, dan kajian mengenainya. Kita banyak dipaparkan oleh cerita yang berlandaskan kajian pengetahuan duniawi ini. Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya hamba memohon taufik dan hidayat dalam memahami perbezaan ilmu duniawi dan yang tidak. Allahuakbar.
Monday, September 3, 2012
Di kejar...
Bila dah sampai umur begini, apa lagi yang dikejar? Tidak dirasai aku mengejar apa? Adakah aku masih dikejar? Hari hari sebelum hari raya, aku dikejar oleh individu yang sangat mengejar hal hal keduniaan sehingga melupakan nilai nilai hidup yang murni lagi suci. Kata kata yang menampakkkan kejahilan tidak dapat disembunyi lagi. Tatkala umur sebegitu apa sebenar yang mengejari mereka? Mengejari sesuatu dalam konteks kesejahteraan ummah dimaafkan. Tetapi mengejar dengan kata kata menampakkkan keterlampauan maka bolehkah itu dimaafkan? Tidak dapat dinafikan, setiap tahap umur memungkinkan gelagat keterlampauan ini. Aspek sosial, budaya, ekonomi, dan politik, tidak sunyi dengan gelagat gelat yang menampakkan sikap keterlampauan ini. Tidak terkecuali terdapat juga dalam aspek proses keilmuan. Di sinilah kita perlu sujud kepada Allah memohon petunjuk dan hidayah supaya kita dibawa ke jalan yang benar. Allahuakbar.
Sunday, September 2, 2012
masa terdetik..
Masa berlalu. Peluang untuk bergerak dan merasai apa yang terdapat di detik masa yang seterusnya. Adakah lagi peluang itu? Itu yang ditanya. Ia akan terjawab apabila detik masa seterusnya dilalui. Ya Allah. Sesungguhnya hidup ini satu pengembaraan. Pengembaraan melalui detik masa. Akhirnya kita bertemu dengan sesuatu. Hebat. Kehebatan pada apa? Kehebatan hanya milik Allah. Adakah kita sebenarnya merasainya? Menunggu kehebatan pada detik masa yang terakhir. Allahuakbar.
Saturday, September 1, 2012
lonjakan...
Lonjakan yang menampakkan kelemahan manusia memang lumrah dan fitrah sifatnya. Apa tidaknya, kita sentiasa cuba mengukur diri kita dalam konteks lonjakan yang sebenarnya satu lonjakan yang tidak dapat dirasai sendiri oleh kita. Kita memuji seseorang dengan memberi taraf kepada lonjakan manusia yang lain. Walhal pada diri orang yang dipuji itu tidak merasakan apa apa lonjakan yang berlaku pada dirinya sendiri, fitrah dan lumrah. Yang cantik tidak menyedari dirinya cantik. Yang kaya masih terkapai kapai mencari identiti mereka sendiri. Siapalah kita hendak memberi taraf kepada satu satu lonjakan yang berlaku pada diri kita sendiri? Firaun sendiri tidak menyedari akan kekaguman sejarah terhadap pembinaan piramid mereka. Mereka tidak merancang pembinaannya untuk sejarah. Terbinanya piramid kerana simbol lonjakan pemerintahan firaun firaun tertentu kerana keagongan sebenar mereka tidak dapat merasainya. Ianya kemudian menjadi milik sejarah dan hanya dirasai sekarang. Keagongan sebenar hanyak pada dan milik Allah. Hanya Allah sahaja yang Mengetahui. Bersyukurlah dalam konteks kelemahan kita. Hanya Allah sahaja yang Mengetahui, hidup dan mati. Allahuakbar.
Subscribe to:
Posts (Atom)