Thursday, December 11, 2008

Cuti-cuti menulis...Jom..



Jom mari menulis. Buat apa tahan tahan kalau nak menulis. Tulis je apa nak tulis. Kalau nak menulis, jangan sangat fikir masa, hari dan keadaan. Nak tunggu apa. Tulis je. Dirasakan aku nie dijadikan otak bercakap. Apa yang terdengar dari otak aku, maka terjadilah satu penulisan. Yang tertulis bukan benda yang koman koman, semua bes bes belaka. Maknanya apa yang ditulis tu ada kualiti belaka. Cuti-cuti ini lagi banyak benda yang terdengar. Hendak hendak kalau dah terbaca blog orang lain. Macam-macam cerita. Macam-macam pose gambar. Gambar beginilah, gambar begitulah. Haha..Kalau nak ditulis semua yang terdengar,terpandang, terasa, dan terbaca, menulis hingga ke malam pun tak akan selesai.

Aku masih kurang faham dengan istilah `writer's block.' Aku faham secara literal ia itu ada masa otak kita blank maka tak ada ilhamlah, jadi tak ada apa nak ditulis. Tidak pula aku berasa begitu. Kalau dibiarkan jejari aku sentuh keyboard ini, maka dengan tersendirinya lah tulisan terjadi. Aku bukan berpandu kepada `writer's block' tapi berpandu kepada `keyboard block.' Haha. Kat ini saja..

1 comment:

Anonymous said...

i like write..:-}