Pengetahuan baru dapat juga difahami dari ungkapan kata `dakap.' Banyak lagu yang meggunakan istilah `dakap' seperti `dakapan senja.' Dakap membawa erti satu pegangan atau pelukan yang tidak bersifat aggresif tetapi penuh dengan emosi kasih sayang, tidak keras tetapi penuh dengan kelembutan. Ibu mendakap anaknya yang baru lahir dengan lenangan air mata kerana kasih ibu yang tidak berbelah bagi terhadap anaknya.
Dakap juga mebawa unsur terselamat dari marabahaya. Pabila dakapan begitu mesra dirasakan `dunia ini ana yang punya.'
Walaupun ungkapan dakap sentiasa diperkatakan, dalam perniagaan ianya merupakan indah khabar dari rupa. Ini kerana akitiviti pemasaran yang tidak ada atau tidak menampakkan substantif kemanusiaan dan kelahiran manusia yang tulen. Penuh dengan pura pura, so to speak. Indah iklan dari apa sebenar yang dijual. Ketampanan jurujual hanya untuk memikat dan apabila barang sudah dibeli barang adalah `hampas' yakni barang koman atau tidak menepati piawaian kata modennya.
Apa yang mendakap saya ketika ini saya sendiri tidak tahu. Tetapi dapat dirasakan didakap oleh perasaan yang halus dan dapat meluahkan ini semua.
Allah yang Maha Besar lagi mengetahui. Berusahalah supaya akhirnya kita dapat merasai dakapan dari Yang kekal dan Abadi, Yang Maha Esa dan Berkuasa terhadap Segala-galnaya tidak terkecuali Segala Rasa dan Perasaan.
Allahuakbar.
1 comment:
Perkataan ni selalunya digunakan dalam puisi-puisi. Mungkin gaya bahasanya ala klasik gitu. Kalau pertuturan biasa nak guna perkataan "dakapan", rasa2nya jadi macam indon la plak.
Post a Comment