Di sebalik bukit yang gersang dan air yang mengalir dengan penuh kelesuan, ternampak dia keseorangan meraba raba sedang mencari tongkat.
Walaupun hingar bingar kota metropolitan kedengaran nun jauh sayup di bawah, sayang sekali itu semua bukan miliknya lagi.Apa yang terpampang adalah wajah wajah yang masih hidup dan juga yang sudah bertemu Illahi, ada yang mengukir senyum yang sangat indah tapi ramai lagi yang bermasam muka sebabnya diselubungi misteri dan teka teki.Kedengaran juga laungan keramat pusaka bangsa dan tidak terkecuali suara sumbang hendak membela, bermadah berjela jela, mengetepikan tangisan dari saudara sepupu sebangsa.Lantas datang malapetaka menimpa diri dalam bentuk tsunami dan runtuhnya pangsapuri, adalah cerminan diri angkara lupa apabila sudah menjadi kaya dan bergelar pula hasil memberi..Bila jatuh papa, ditimpa tangga pula, ditanya mengapa, maka jawapan yang diberi adalah sama belaka, `aku difitnah dan aku dikhianati,' menuding jari kesana kemari. `Aku banyak memberi tetapi aku dianak tirikan.'Baik tidak bertempat, jahat dinobat, kaki rayau merempit bingit kapal terbang pusing dunia, hanya ternampak bila `robohnya kota Melaka.'Tapi segalanya sudah terlambat, kesemua itu tidak dimiliki lagi. Sokong membawa rebah, tongkat digunakan kerana bebanan wajah yang tidak berbin dan berbapa.Sayang, seribu kali sayang, dibuang pahit ditelan sayang, lantas hidup bertongkat dihantui bayang-bayang.
No comments:
Post a Comment